Followers

Friday, September 19, 2014

Shepherd's Pie

Assalamualaikum ,



Hari ni cuti sbb tak sedap badan a.k.a selesema gitu + saja nak ngabiskan cuti dgn anak . Tekak org selsema ni camtu la teringat mcm2 . tapi memandangkan tak rajin nak keluar cari bahan- maka terpaksalah letak apa yang ada kat freezer tuh..Cottage pie / Shepherd pie ni senang jer..akak buat yg klasik ..tak letak cheese sbb tak dak stock ..tapi jgn risau ..habis jugak . dulu penah buat skali tp sempat nak swirlkan kentang tu ..hahaha..kali dah ber'swirl' kan....So, ini lah makan petang kami hari ni...
Kalu teringin nak buat boleh scroll down utk resepi :
Tq Chef Hanieliza.


Shepherd's Pie/Cottage Pie
Resepi : Chef hanieliza
Dikongsi Oleh : kaknita~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan
500 gm daging kisar~knita letak ayam kisar
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 cawan kacang peas-knita tak letak
8 biji cendawan tin [belah 4]
5 biji buah tomato masak
1 batang carrot [potong dadu]
1 pokok daun sup [cincang]
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b lada hitam tumbuk ]
1 kiub stok daging
2 s/b minyak
garam


Bahan Kentang
1 kg kentang [potong dadu]
1/2 cawan susu segar -knita letak cooking cream
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah
air untuk merebus kentang secukupnya

Cara
  1.  Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2.  Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
  3.  Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
  4.  Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak. Angkat dan  masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalm mangkuk  kecil.
  5.  Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
  6.  Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar/cooking cream, serbuk lada sulah dan mentega.
  7.  Masukkan sedikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil.
  8.  Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
  9.  Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit-oven knita 170'C
  10.  Sejukkan dan hidangkan.-knita suka makan masa suam2 gitu




Selamat Mencuba.
Wassalam.

No comments: