Followers

Sunday, September 28, 2014

DONAT Lagiiii...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Donut ni dah lama kaknita buat tapi tak sempat nak post. Adunan ni sama juga sama dgn adunan roti. Tetap lembut walaupun diuli dgn tangan.
Terima kasih kepada Zalinzalina kerana berkongsi resepi. Satu adunan ni mmg dapat banyak , so jgn risau...kalu tak ramai kat umah tu boleh goreng separuh masak dan frozenkan ya.. Nanti bila nak makan boleh goreng lg tak yah buat banyak2 kali...hehe..


Sumber 1 : :zalinzalina
Sumber 2 : kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

500 gram tepung gandum
1 sudu kecik bread improver
1 sudu kecik garam halus
2 sudu kecik susu pekat atau susu tepung
2 biji telur A atau B (knita letak B)
100 gram margerin

210 ml air suam
100 gram gula pasir
1 peket yis Mauripan

Cara2nya
  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula...
  2. Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih..
  3. Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi...gaul rata...kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang...kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang macam acik ni pun boleh juga... uli guna tangan lebih kurang 5 minit... 
  4. Pastu tutup dengan plastik...biarkan selama 30 minit..
  5. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang..
  6. Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit..ratakan dan tebuk lubang ditengah /boleh terapkan dgn acuan donut.
  7. Biarkan lg 30minit ,pastu boleh goreng.






No comments: