Followers

Sunday, May 4, 2014

Nasi Kerabu Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ni akak nak share N3 yang dok terperam dlm file. Dah dua kali buat dgn resepi Azie Kitchen
Mmg sedap dan ditambah pula dgn solok lada..memang kena sangatlah .Walaupon akak ni bukan org Pantai Timur tapi  akak mmg suka makanan dr sana . Especially nasi kerabu , nasi dagang dan laksam .Dulu kalu nak makan ,akak akan cari kat pasar malam @ restoran ja tapi disebab ramai yg tak lokek resepi , akak pon cuba dr resepi2 yg ada mengikut kesesuaian tekak dan bahan2 yg ada dapur sendiri .   


Nasi Kerabu Kelantan
Resepi :aziejaya.blogspot.com
Dikongsi oleh : jomknitamasak.blospot .com

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.


Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.


Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.


Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

Lauk pauk
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa jer yang disukai


Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.

Resepi Solok Lada 
Sumber : Mak mertua

10 biji lada hijau
Isi Ikan yang direbus dr 4 ekor ikan
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis
sedikit gula dan garam
3-4 sd besar kelapa parut
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia

Cara2
Lada hijau /cili hijau dibuang biji dan dibersihkan .
Tumbuk semua bahan lain dan sumbatkan kedlam cili .
Kukuskan / kalu suka didihkan dgn sedkit santan hingga masak.

4 comments:

MamaFaMi said...

Masya Allah sedapnya nasi kerabu. Mama suka makan, tapi bila tengok resepi panjang berjela... hehe.. .pergi kedai je la beli... hahaha...

Kak Nita said...

Mama,
hahaha...rasanya sepanjang jalan nak kekedai tu kot tapi dapat satu
periuk kalu kekedai dapat sebungkus dua jer...hihihi..

izahdaut said...

Saya suka nasi ni. Tapi xpernah buat, mmg beli je. Sedap sangat kalau dpt sambal n budu yg sedap tu. Perghhh.. Hehe

Lawa betul Warne nasi tu :-)

Kak Nita said...

izah,

lawa ka ? selawa langit birukannn..hehe..