Followers

Tuesday, May 6, 2014

Puding Cheese

Assalamualaikum,


Ini adalah antara puding yg berjaya memikat tekak akak sekeluarga....sesuai sangat dimakan setelah disejukkan didalam peti ais semalaman .Terima kasih buat Alongroz yg sudi share resepi ni. Along mmg cukup creative bab memuding nih....

Kalu puasa tu boleh buat masa bangun bersahur tu , bila nak berbuka tu mmg dah sejuk elok sangatlah.
Jom kita semak resepi kat bawah ni:



Puding Cheese
Resepi Asal : AlongRoz@HomeKreation

(Saiz 8" persegi)
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar (knita pakai 10g-saja nak makan lembut gitu )
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
knita guna biskut ni la...

CARA2:

  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan susu & kacau sebati.
  3. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  4. Masukkan mentega sehingga sebati.
  5. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  6. Sejukkan sebelum di hidangkan.
  7. Selamat mencuba ya...

4 comments:

MamaFaMi said...

Penyediaan puding sangat mudah, tapi kenapalaaa mama ni tak berapa rajin buat puding walhal memang suka makan puding atau agar-agar... hmmm nak kena kaji balik ni, naper tak rajin :D

Kak Nita said...

Mama,
kalu camtu meh sini saya tolong buatkan utk mama...hehehe..

Azlina Redzuan said...

Leh try niiii

Kak Nita said...

Azlina,
try jgn tak try...