Followers

Tuesday, March 11, 2014

Sambal Tumis Sotong Bertelur



Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Sekarang kalu hari  bekerja ni akak masak simple2 dan sikit2 je. Bila berkumpul ramai2 pd hujung minggu atau cuti sekolah , barulah semangat sikit nak masak .Tinggal kami 4 org jer kat umah , 2 org lg kat asrama. 
Jgn risau sekiranya sotong segar yg dibeli tu tak dak telur yer....sbb kita boleh jdkan dia bertelur...cer tengok gambar kat atas tu....ianya bukan saja gemukkkksss tapi sedap dan menyelerakannn...
Nak tahu mcmna caranya , jom semak resepi kat bawah ni...:




Sambal Tumis Sotong Bertelur
Sumber : jomknitamasak.blogspot.com

Bhn2
4 ekor sotong segar-dibersihkan
1 biji telur ayam dibasuh dan digoreng spt scramble egg

Bahan A
3 biji cili merah
7 biji cili kering
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
sedikit air

Bahan B
air asam jawa/ cuka secukupnya
2 sb sos cili
gula, garam secukupnya
sedikit sebuk pati ayam (sekiranya suka)
3 sm minyak masak

Cara2nya
1 . Masukkan telur tadi kedalam perut sotong dan ditutup kepalanya . Kemudiankan cucukkan dgn lidi.
2 . Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga wangi dan pecah minyak
3. Masukkan bahan B dan kacau sebati .
4. masukkan sotong . Biarkan mendidih sehinnga sotong empuk/masak.
5. Hidangkan bersama nasi panas2 dan ikan kembong goreng kunyit...

Selamat Mencuba



2 comments:

Bali Tour said...

This is great Article
Thanks for the recipe

Kak Nita said...

You're welcome. Anyway,thanks for dropping by.