Followers

Thursday, March 6, 2014

Donut Keledek

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Sekali sekala minum petang dgn donut mmg best . Donut ni mmg lembut ,  makan pon laju .Satu adunan mmg habis petang tu jugak dan tak sempat nak tinggal sebiji pon utk R& D- nak test kelembutan tu tahan lama ke tak . Menurut  kata Kak Nor  walaupon sejuk donut ni kekal lembut , nnt la buat lg kita simpan satu biji ye utk test....Thanks for the recipe ya Kak Nor dan Kak Wan

DONUT KELEDEK OREN
resipi asal : K.Wan
resipi olahan  : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1  sudu besar butter
minyak
gula castor secukupnya

Cara-cara :

  1. Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
  3. Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit),  gaul hingga membentuk sebiji doh.
  4. Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
  5. Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
  6. Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
  7. Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
  8. Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
  9. Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
  10. Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
  11. Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
  12. Angkat dan toskan. 
  13. Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.

*boleh gantikan keledek oren dgn keledek biasa atau pun dgn kentang
* kaedah membentuk donut spt di atas akan menghasilkan donut yg lebih membulat/montoks dr menggunakan acuan penerap donut
*kerja2 membentuk pun lebih cepat siap berbanding menggunakan penerap yg mana kita perlu mencanai terlebih dahulu (lg pun doh yg diulang2 canai akan mengambil masa yg lebih lama utk naik)
**Satu  kelebihan musim panas ni , adunan roti /donut cepat naik dan tak payah tunggu lama2

No comments: