Followers

Sunday, December 29, 2013

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,



Alhamdulillah ,kerinduan utk breakfast dgn kek kukus ni dah terubat .Walaupon alunan ombaknya kurang kemas dan kureng menjadi tapi kegebuan dan kelembutannya masih ada disitu.Yang nyatanya ia bukan Tsunami...hahaha...Dulu2 ( tahun 2011) masa DJ mula2 post kek ni diblognya, rasa sangat teruja dan kagum .Bila try dan menjadi mmg puas rasanya .  Terima Kasih buat DJ dan tuan punya resepi ni, KakFida kerana sumbangan resepi yg excellent ni. Apa yang membuatkan akak teringat kek ni adalah Kek minyak  yg meletop kat sana sini sekarang tu , yg mana resepinya boleh dikatakan sama dgn kek ni.
Ok jom kita semak resepinya :

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)
Sumber 1 : Kak Fida@myr
Sumber 2 : DaYangJack@DapurKu SaYang
Sumber 3 :Kaknita@Jom Masak

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum - ayak
1 sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g) -knita gunakan 3 sb
coffemate+air = 150g
10 sb mentega cair (100g) -knita guna minyak masak
pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
Secukup serbuk koko




Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.



4 comments:

aida said...

nmpak sedapnya kek ni kak nita..akan cuba resipi ni nnt..gatal tgn je nk buat ni..hihi

Kak Nita said...

aida...
sila2 ,cuba jgn tak cuba...tambah2 winter kat sana mesti cepat lapaq kannn..makan pula dgn teh o panasss...mmmmm insyaAllah puas hati.

zuraini yusof said...

Kak Nita, menarik le kek ni, nak try..

Kak Nita said...

zuraini,

kek ni mmg sedap , tak rugi kalu cuba...insyaAllah.