Followers

Wednesday, January 29, 2014

Mee Bandung Ikan Bilis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Kebiasaannya  utk  masak mee bandung org akan letak udang , daging atau ayam kan . Samalah jugak dgn akak ni tapi Mee Bandug Ikan Bilis ada sejarah disebaliknya....Nak dengaq cite tak...?
Kejadian ni berlaku pada permulaan minggu ni iaitu pada hari Isnin dimana dlm kekalutan hantaq anak2 gi sekolah akak terlupa la pulak nak tinggalkan kunci umah utk Irfan. Bila dah nak sampai kat office baru la nampak kunci tu kat dlm h/bag...masyaAllah nak patah balik pon tak berbaloi lg pon Irfan dah selamat tengah blajar kat sekolahya tu. Kebetulan pulak pagi tu akak dah bg RM20.00 utk dia sbb tak de duit kecik. So kalu dia balik nnt boleh la dia beli makanan dgn duit tu semetara tunggu akak balik.
Sebaik saja habis kerja akak pon bergegas balik dan tak sempat utk singgah utk beli barang.
Sesampai jer dirumah, alhamdulillah sebab Irfan selamat diluar umah dan dah kenyang. Katanya dia pon baru jer sampai sbb ada aktiviti kat sekolah.
Disebabkan malas nak patah balik kekedai , akak pon masak jer apa yg ada kat peti ais tu dan terhasillah Mee Bandung Ikan Bilis nih ...Hishhh panjang sungguh ceritenye yer...dan mee juga sesuai utk sesapa yg pantang seafood & daging tu  ya..rasanya tak kurang mabelessssnya . So kalu nak try jom semak resepinya disini:




Mee Bandung Ikan Bilis
Resepi -Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya
Mee Kuning(utk dua org )
sedikit daun sawi/kailan
2 biji tomato
sedikit kacang tanah -yg telah dikisar
sedikit cuka
garam , gula secukup rasa
2 sudu besar sos cili
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung

Bahan2 dikisar
10 biji cili kering - direbus dan dibuang bijinya
1 sudu besar ikan bilis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara2nya

  1. Tumiskan bahan yg dikisar hingga masak / pecah minyak 
  2. Masukkan cuka, sos cili , garam dan gula dan sedikit perencah hilal ( jika suka).Seterusnya masukkan kacang.tambahkan air secukupnya-agak2 dlm 2 mangkuk
  3. Bila mendidih, pecah kan telur biarkan sebentar . 
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit air.( utk memekatkan kuah)
  5. Akhir sekali masukkan  mee dan sayur sawi/kailan dan belahan tomato.
  6. Tutup api dan hidangkan.

Tips : lebih sedap jika dimasak dlm periuk tanah ye.. mcm kat dlm gambar ni...




Selamat mencuba ya...




5 comments:

f!fz said...

k.nita... 10 biji kering cili ka?

Kak Nita said...

yupp...alahai nnt akak ammend ya...hahaha

Unknown said...

Yummy..lahh

Kak Nita said...

Dapur Korea,

Yess..sodappp...cer try.

Unknown said...

sedap mi tu....