Followers

Sunday, August 12, 2012

Kuih Kole Kacang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....



Diam tak diam dah nak sampai penghujung Ramadan, ada yg tak sabar2 dan berdebar  menantikan malam Lailatul Qadar disamping sibuk menyiapkan rumah , kuih raya, bersiap2 utk balik ke kg dan sebagainya.
Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan , insyaAllah.

Semalam tahap keinginan utk buat kuih Kole kacang ni semakin meninggi , apa taknya dok tengok tayangan dari Ika , pastu dr Alongroz pulak...adusss nampak sedap sungguh . So,semalam akak pon mencuba buat kali pertamanya dlm hidup akak...selama ni dok makan yg org len buat @ beli jer... Akak cuba resepi yg Ika buat tu dulu ,nnt bila2 nak try yg Alongroz pula.. Tq ye Ika dan Che'Iza...mmg sedap ,tak manis sangat ,texturenya lembut dan rasa kacangnya "melompat-lompat" didalam mulut..ha tuuudiaaaa.

Ni dia resepi yg akak copy dr blog Ika (izinkan akak ye Ika) :


Kuih Kole Kacang
Resepi Asal : Che'Iza MyR
Sumber : Ika

Bahan-bahan ( 7-8 orang )
** 1 cwn santan pekat
1 cawan gula merah*
2 sb gula pasir*
1 cwn air*
beberapa helai daun pandan disimpul*
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...




Juadah Iftar 11/08/12

5 comments:

ijayuji said...

Salam kak nita! kita semakin pemalas dah nak balik mesia skrg ni hihihi... dgn rumah yg penuh dgn luggage sana sini, dgn baju2 yg belum bergosok lagi kikiki... uuuwaaaaa...sgt2 malas huhu... sedap kole kacang kita suke! dpt makan sepotong punyerlah nikmatnya tuu haish! ssh nak kata sedap betull :D

Kak Nita said...

w/salam Ika,
Malas2 Ika pon mcm2 kuih & biskut dah
siap akak tengok....comei2 dan sedap pulak tu ...hehehe...

FnF Simple Life said...

Best nye kak Ita buat kita teringin nak makan kuih kole kacang gak.

melati qxara said...

Sedapnye.knita ,ambil masa lama x nak bg santan jadi tahi minyak.

Kak Nita said...

FnF,
buat la...mmg best!

melati,
kalu setakat secawan santan pekat tu tak la lama sangat...