Followers

Thursday, June 15, 2017

Char Kueteow cara senang ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...


Salam Ramadan juga buat semua buat muslimin dan muslimat .
Dah masuk hujung ramadan ni baru ada ruang sikit nak update ..almaklum lah ,macam2 aktiviti kena hadap .. Dlm kekalutan tu hanya masakan yg senang dan cepat saja yg sempat dimasak dan dihidangkan . Antaranya adalah char kueteow ni la...
Tak perlu bersusah payah memikir bhn2 ,hanya masukkkan apa yg ada jer ...Sedap dan seluruh isi rumah sukaaa...
Alhamdulillah ,Photo char kueteow ni juga akak telah membuatkan kaknita menang peraduan #Miuraimalaysia dlm fb Masak Apa Hari Ni(MAHN) ...

Kalu nak try , jom semak resepi kat bawah ni ya:

Char kueteow
Resepi cara kaknita la ye...
Selalunya buat size sepinggan-sepinggan mcm kat kedai tu  ..kalu buat banyak2 xjadi..
Ok utk sepinggan ye.
Mulakan dgn bismillahirrahmanirrahim
Sejemput kueteow
Seulas bawang putih dicincang halus
Satu sudu kecil paste cili ( kaknita masak dulu dgn gula , garam dan sedikit perasa)
Udang segar
Sebiji telur gred c dibasuh yer.
Sedikit kucai dan taugeh
Sos ikan ( tiga renjis)
Kicap lemak manis

Cara2nya

  1. Tumiskan bwg putih hingga kekuningan . Masukkan cili, letak udang .
  2. Kacau dan masukan kueteow , taugeh dan kucai . Tarik ketepi , pastu msk minyak sikit lg ..pecahkan telur . Tarik balik kuetow td keatas telur
  3. Ok masa ni kuatkan api sikit .
  4. Renjiskan sos ikan dan kicap , masukkan sedikit air ( supaya berkuah sikit ) . Kacau  sikit lg . Angkat dan hidangkan .Inshaa Allah sedap..

Hadiah peraduan : 10 pack mi urai beserta CD Inul

No comments: