Followers

Saturday, December 26, 2015

Simple Homemade Pizza Daging

Assalamualaikum,


Kaknita tak mahir lg bab2 meroti.Mcm2 resepi dah kaknita cuba dan resepi Mamak Haji ni mmg tidak menghampakan.Alhamdulillah.Terima kasih kepada Mamak Haji. Izinkan saya share kat sini pulak ye...Resepi kat bawah ni nampak mcm panjang  sbb ada diselitkan tips2 yg berguna oleh Mamak Haji.Toppingnya terpulang kepada anda ,kali ni kaknita hanya letakkan apa yg ada ja~simple sgt tp puas mkn..hihi





SIMPLE HOMEMADE PIZZA DAGING
Sumber 1:Mamak Haji(fb)
Sumber 2: kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK DOH PIZZA:
2 biji pizza bersaiz 10″ – 12″.

3 1/2 cawan tepung gandum.
2 1/4 sudu kecil (tsp) yis segera.
2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
2 sudu kecil garam.
1 sudu kecil gula.
1 – 1/2 cawan air suam (gunakan secawan dulu).



CARA BUAT DOH:

  1. Yis dan gula satu sudu kecil digabungkan dalam sebuah mangkuk. Isi dua sudu besar air suam. Bancuh yis dan gula sebati dengan air. Biarkan selama 10 minit. Yis cepat bertindak dengan gula.
  2. Bahan-bahan lain minyak dan garam masukkan dalam tepung dan sebatikan. Buat kolam tengah tepung dan isikan adunan yis.
  3. Uli tepung sehingga menjadi permukaan doh licin.
  4. Sapukan tepung pada doh dan biarkan dalam bekas yang boleh tampung doh berkembang sukurang-kurangnya X3 ganda saiz doh. Tutup bekas. Biarkan selama 30 minit atau doh anda jadi 2 X besar. Cepat lambat terpulang pada suhu sekeliling dapur anda.
  5. Nota: Dalam masa menunggu doh kembang, masukkan kuali leper yang anda gunakan untuk buat ketayap atau kueh gulung atau bakar capati. On kan oven dengan suhu 230 C atau 450 F . Setkan masa 30 minit. Tentukan papan grill oven diletakan pada paras bawah oven. Kuali leper kita menjadi “pizza Stone”. (kaknita skip step ni)
  6. Buka tudung bekas doh dan tumbuk doh anda dan leperkan. Bahagi dua doh sama saiz.
  7. Ambil sekeping kertas aluminium ( sepatutnya gunakan pizza peel) taburkan dibawahnya bijirin untuk baby kalau ada atau nestum supaya senang ditanggalkan selepas masak. Sebelum leperkan doh sapukan kedua tangan anda dengan tepung. Leperkan guna tapak tangan bermula dari tengah doh. ketebalan yang perlu leperkan 1/2 inci. ukur keliling bersaiz 10-12 inchi. Setelah selesai leperkan, picit dengan jari penghujung doh pizza untuk jadikan bibir.
  8. Bila roti pizza siap untuk dibakar, sapukan minyak (nipis) ke permukaan, supaya topping pizza anda tidak meresap dan buatkan pizza anda lebih keras sedikit. Tekan dengan jari anda supaya pizza anda tak gelembung semasa membakar. Rehatkan selama lima minit sebelum masukkan dalam oven untuk bakar.
  9. Cara buat topping pizza (versi palingsimple-kaknita)
  10. Sapukan cili sos dengan menggunakan sudu di atas permukaan pizza anda. Tabur daging **,sedikit daun bawang yg telah dihiris ,sedikit mixed herbs ,cheese Mozzarella atau Parmesan dan mula susun topping di atas pizza. Jangan banyak sangat sos cili ,mozarella cheese, ia akan lembikan pizza anda. sukatan ialah 1/3 cawan  sos (3-4 sudu besar) dan 1/3 cawan cheese. Anda boleh tambah cheese cedar kalau mahu, bila pizza anda telah bakar 15 minit dalam oven.
  11. Bakar dalam suhu 230 darjah C selama 15 -20 minit. Pizza anda dah siap.


Daging **
250gm daging segar dicincang
2 ulas Bawang putih dicincang
2 bijibawang besar/holland didadu
sedikit garam dan lada sulah

Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu .
Masukkan daging ,masukkan sedikit air .
Perasakan dgn garam,kiub pati daging dan lada sulah
Biarkan mendidih hingga daging masak dan kering kuahnya .







No comments: