Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bihun goreng campak2 ni akak buat semalam . Main campak jer apa2 yang ada . Bila buat seniri ni kita boleh letak ikut kesesuaian selera kita dan anak2 sekali.Bukan shj sesuai utk sarapan tapi utk bila2 masa ja . Akak pasti ramai yg dah tau cara nak goreng bihun ni . Saja letak kat sini utk rujukan anak2 akak nnt.
Sesapa yg berminat sila rujuk resepi kat bawah ni ya:
Bahan2 :
1 bungkus bihun
( direndam hingga lembut)
2-3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar ( 1 biji dikisar & 1 biji dimayang)
2 ulas bawang putih ( dikisar)
Udang /sotong /ayam secukupnya
kucai , taugeh / apa2 sayur kegemaran
1 ketul kiub ayam
garam
gula
sos cili
kicap
Cara2nya
- Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi & kekuningan
- Masukkan cili kisar , masukkan sedikit air - biarkan sehingga pecah minyak.
- Perisakan dgn kiub ayam , garam ,kicap ,sos cili dan gula secukupnya.
- Masukkan sotong / ayam / udang , sos cli dan kicap secukupnya . kacau sebati hingga masak
- Masukkan bihun yg telah ditoskan , seterusnya masukan bawang yg dimayang , sayur kucai & taugeh.
- Kacau sebati , angkat dan hidangkan.
4 comments:
Jd rujukan kami k.nita..hihi..walaupun resepi simple..harus rujuk blog jgk..
Sila2..hihi
terima kasih sudi share kak nita.. menarik ni ;)
.
Resepi Premium Untuk Orang Asia
Sama2..
Post a Comment