Followers

Friday, February 27, 2015

Bihun Goreng Simple




Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Bihun goreng campak2 ni akak buat semalam . Main campak jer apa2 yang ada . Bila buat seniri ni kita boleh letak ikut kesesuaian selera kita dan anak2 sekali.Bukan shj sesuai utk sarapan  tapi utk bila2 masa ja . Akak pasti ramai yg dah tau cara nak goreng bihun ni . Saja letak kat sini utk rujukan anak2 akak nnt.
Sesapa yg berminat sila rujuk resepi kat bawah ni ya:

Bahan2 :

1 bungkus bihun
( direndam hingga lembut)
2-3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar ( 1 biji dikisar & 1 biji dimayang)
2 ulas bawang putih ( dikisar)
Udang /sotong /ayam secukupnya
kucai , taugeh / apa2 sayur kegemaran
1 ketul kiub ayam
garam
gula
sos cili
kicap

Cara2nya

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi & kekuningan 
  2. Masukkan cili kisar , masukkan sedikit air - biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Perisakan dgn kiub ayam , garam ,kicap ,sos cili dan gula secukupnya.
  4. Masukkan sotong / ayam / udang , sos cli dan kicap secukupnya . kacau sebati  hingga masak
  5. Masukkan bihun yg telah ditoskan , seterusnya masukan bawang yg dimayang , sayur kucai & taugeh.
  6. Kacau sebati , angkat dan hidangkan.





4 comments:

Unknown said...

Jd rujukan kami k.nita..hihi..walaupun resepi simple..harus rujuk blog jgk..

Kak Nita said...

Sila2..hihi

ResepiAsia.com said...

terima kasih sudi share kak nita.. menarik ni ;)
.
Resepi Premium Untuk Orang Asia

Kak Nita said...

Sama2..