Followers

Friday, October 3, 2014

Karipap Roti


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Selamat menyambut Aidiladha buat semua.. Kak nita  dah mula bercuti hari ni .Mcm2 plan utk hari ni tp sebelum kak nita share resepi yg simple tapi sedap ni.Inti karipap ni boleh buat awal2 pastu simpan peti ais . Bila nak makan kepit jer ngan roti pastu goreng....pasti nya rangup dan sedap tapi kena makan panas2 ya....tak payah nak risau pasal kulit karipap berjerawat ka, tenganga ka..@ apa2 lah . Kak nita dapt resepi dari blog kak noor . Terima kasih na kak noor....Jom semak resepi ni:





Karipap Roti

Sumber 1:  kak noor
Sumber 2 : kak nita-jomknitamasak.blogspot .com

BAHAN NYA
Beberapa keping roti
Secukupnya telur putih untuk melekatkan ( kak nita letak tepung gandum campur sedikit air)
Inti karipap secukupnya

CARA NYA

  1. Kukus roti lebihkurang 1 minit, kemudian gelekkan biar nipis.(kaknita tak kukus pon terus gelek jer...)
  2. Apabila kita kukus roti akan jadi lebih senang di gelek dan lebih nipis berbanding roti tanpa kukus.
  3. Letakkan inti karipap di atas roti, tutupkan dan potonglah tepi2 roti yg keras dan kepitkan dengan garpu.
  4. Ikut resepi Reen dia guna acuan karipap untuk buat karipap roti, tapi akak kat Uk ni takde acuan jadi pikir punya pikir guna pisau dan garpu je.(kak nita guna acuan karipap)
  5. Kak nita  gamkan dgn campuran tepung dan air ,pastu goreng  dgn api sederhana .  
  6. Jadi sesiapa yang teringin boleh lah buat resepi mudah ni hanya guna roti je untuk kulit karipap dan     sangat sedap dan  ranggup.


sebelum goreng

Untuk intinya boleh tengok sini

2 comments:

HomeKreation said...

Aslmkm KakNita. Mudah nya kan... anak2 kat oversea yg study tu tak leh nak uli tepung, elok gak buat camni & then isi dgn serunding!

Kak Nita said...

Wsalam Along,
betul tu Along. juga ibu2 bekerja yg kalut pagi2 tu..boleh juga buat camni-xpress.