Followers

Friday, May 1, 2015

Puding Triffle


Assalamualaikum dan salam sejahtera,




Alhamdulillah bertemu lg di pagi Jumaat yg mulia ni setelah sekian lama menyepi dek masalah kesihatan lappy kesayangan akak ni. Sekarang dah kembali spt biasa . Ni adalah antara resepi2 yang terkumpul . Puding ni mempunyai tiga lapisan utama iaitu kek , custard dan jelly beserta buah buahan campuran .Disamping itu boleh dikayakan lg rasanya dgn tambahan creamcheese / yogurt bergantung pada kehendak masing2 . Utk resepi ni mmg kurang manis dan laju la masuk tekak gitu...


Puding Triffle

Sumber 1:lyalyana.wordpress.com
Sumber 2: kaknita
BAHAN-BAHAN UNTUK TRIFFLE :

1 buku Swiss Roll  (atau apa2 perisa pon boleh) dipotong 12 bahagian – (ikut saiz bekas)-knita letak kek span vanila .
3 sudu Tepung Kastard
1 tin Susu Cair
1 tin Air
2.5 sudu besar Gula (saya pakai sugar brown)
1 paket Kristal Jelly Nona perisa Strawberi/ Rasberi / apa2 perisa pon boleh
400ml Air (untuk masak Kristal Jelly)- knita letak 700ml air
Buah Peach dalam tin (asingkan buah peach dan air dia dari dalam tin),Strawberi dan Anggur-utk gambar kat sini knita hanya letak peach & laici jer..
50gm cream cheese +30gm whipping cream +20gm susu cair-knita tambah

CARA2:

1) Potong kan swiss roll seperti dibawah ni, dan susunkan dalam bekas.
2) Penyediaan custard [BAHAGIAN PENTING!]

Masukkan 1 tin susu cair dan satu tin air (gunakan tin susu tadi) ke dalam periuk.
Masukkan secubit garam, 2.5 sudu besar brown sugar, 3 sudu besar (membukit) tepung kastard. Kemudian kacau kan sebentar adunan tadi sehingga smua bahan sebati.
Selepas itu, barulah kita masakkan di atas dapur dgn api yg paling perlahan.
Kacau custard jgn biarkan tepung mendak di dasar/ tepung menjadi berketul.
Kacau sehingga custard pekat dan likat. [TIPS: untuk mengetahui custard sudah masak : Warna custard akn berubah sedikit menjadi kuning cair  ] .
Masak custard lebeh kurang 5-10 minit sehingga custard menggelegak ( kuar blurp blurp, meletop gituh ). Sikit saja letup, dan tandanya custard sudah masak.
Tutup api laju-laju, dan biarkan ketepikan sebentar.

3) Renjiskan sedikit air buah peach dlm tin tuh ke atas swiss roll , nak bagi lembap jer (Perhatian! jgn letak sampai banjir kek tuh tau! nnti custard tenggelam!).

**optional-kaknita tambah
50gm cream cheese + 30gm whipping cream +20gm susu cair -kacau sebati . Letakan diatas kek yg telah direnjis dgn air buah tadi.

4) Letakkan custard keatas lapisan swiss roll tadi, ketinggian custard lebeh kurang 1 inchi. Jgn tebal2 coz nanti rasa x balance.

5) Susun buah peach tadi keatas custard. Stlh selesai biarkan seketika.

6) Sementara itu, kite sediakan  lapisan JELLY. Masukkan 1 paket serbuk jelly ke dalam periuk bersama 400 ml air. Then masak atas dapur smpai jelly hancur dan menggelegak. Then leh tutup api. Biarkan dia suam.*** knita lebihkan air supaya jelly tu lembut dan senang je nak telan...

7) Ok kite pergi kat triffle kita tadi, boleh la susun buah anggur atas peach tadi, then after that letak stoberi. Selepas itu, lapisan paling atas, curah kn Jelly yg telah dimasak tadi keatas triffle kita. Jgn letak byk2, just nice saja, sekadar menutupi buah2 kita.hikhikhik. Then Siap! Boleh tunggu trifle kite sejuk dolu, then baru letak dlm fridge! Then boleh la bawak p opis hihii...@ boleh letak bekas kecik2 cam kat bawah ni utk majlis /jamuan.




2 comments:

Anonymous said...

Thank you utk resepi ni kak nita.puas cari mana yg mudah tapi sedap. Kak nita please do visit blog sy juga ye. Ni link nya;)

http://naziramiswan.blogspot.com

Kak Nita said...

sama2 nazira. Tq sudi singgah.
Nnt akak kunjung balas.