Followers

Tuesday, January 27, 2015

Daging Dendeng lagi

Assalamualaikum..



Aduyaiii..lama tak jumpa kan..Ok kali ni nak share daging dendeng lg . Juga resepi dr Ummi.
Dah lama nak buat ni utk adik ipar yg sedang mengandung dan kebetulan masa dia balik ke sini akak ada kelapangan utk masak ni maka dapat jugak la dia merasa-alhamdulillah.
Daging sesuai utk makan dgn nasi putih ,roti  @ ketupat. Ia juga tahan lama jika disimpan didalam bekas kedap udara. Jom semak resepi nya:

Daging Dendeng Pandan
Resepi : ummizaihadi-homesweethome

Bahan:-
500 gm daging batang pinang
2 cawan air
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat manis
1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
3 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air (jika perlu)
1 helai daun pandan - disimpul-kak nita xletak sbb xdak stok
1/2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia

Cara Memasak:-

  1. Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
  2. Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  6. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  7. Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  8. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.

4 comments:

Amie said...

Sedap ni daging dendeng.... saya suka ratah2!

Kak Nita said...

btoi tu kak amie, mmg ralit kalu meratah nih..

kasihilmar.com said...

Assalamualaikum. Menyelera sungguh tengok masakan daging dendeng ini!

Kak Nita said...

Waalaikumsalam ...
terima kasih atas kunjung balas ya..