Moga2 semuanya dlm keadaan sihat sejahtera ya... Maaf la kalu singgah tu ada gambar yg sama je... tak ber"update" . Maklum la sibuk beraya ke sana , sini ...Periuk belanga berehat gitu....hehehe.
Hari ni tekak ni rasa nak makan yg sejuk2 gitu . Stok buah koktel ni mmg dah lama kat dapur tu .Yg paling cepat dan senang puding ni la .Kalu letak dalam bekas kecil2 cepat sikit membeku ,pastu sejukkan dalam peti ais dan hidangkan . Resepi ni akak refer dr Blog CT Delima. Kalu nak cuba bole rujuk resepi kat bawah ni ya:
Puding Susu Koktel
Sumber : Ct Delima, Kak Ummi
Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air (kak nita letak air biasa + air dr buah coktail)
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
Cara-Cara:
- Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.
- Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api.
- Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.
2 comments:
sedapnye kak... nnt leh try ni... hehe...
FnF,
try la..simple je..
Post a Comment