Followers

Sunday, September 30, 2012

Butter Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kek ni akak buat semalam .Tetiba ja rasa teringin nak makan kek yg klasik ,yg tak pernah dilupakan walaupun zaman berlalu silih berganti. Kalu kita tengok kat kedai2 ,even kat runcit pon ada kek ni.  Kalu nak beli pon boleh tapi kalu buat sendiri lg best,fresh from oven kannn? Resepi ni akak dapat dari MyResepi akma 4th . Terima kasih ya Akma!. Kek ni mmg gebu dan tak berminyak. Bagi akak mmg ok . Mmg patut la dia letak nama Kek Mentega Elite.

Kek Mentega Elite a.k.a Butter Cake 
Sumber : MyResepi (akma 4th)
Resepi asal : Majalah Rasa.

Bahan-bahan ( 1 biji )
~kaknita guna loyang 7" empat segi

Bahan A:
250g self raising flour
40g susu tepung
200g mentega

Bahan B:
5 biji telur
200g gula kastor (160g gula pasir) ~kaknita letak 150g gula kastor
1 camt. esen vanila

Cara-cara
  1. Bahan A dipukul sehingga kembang dan gebu.
  2. Bahan B dipukul sehingga sebati sahaja, xperlu pukul sampai kembang.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul sehingga gebu.
  4. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C. Pastikan adunan diisi separuh loyang.
Cara Kaknita:
Akak masuk je semua bahan tu terus dalam satu bekas sekaligus. Pukul sampai kembang dan gebu. Jadi jugak dan yg penting jimat bekas, masa  dan air utk membasuh  gitu... hehehe..











8 comments:

Unknown said...

salam kak Nita rajin nye buat kek kena dgn kopi mmg sedap ni kan hee bak sepotong..

Kak Nita said...

W/salam Kak Noor,

Meh la sini ,kita minum sesama..hehehe

ijayuji said...

Salam kak nita!!! akak apa khabar? kita beberapa hari ni tak leh nak online sbb tak leh edit gmbr pastu blogger pulak buat hal ehehe... siyeesss niii, kek butter kek paling tak jemu kita nak makan, sedappppppppp! gebu betul kek butter akak, mcm nak ambik jerr sepotong tu :-))

Kak Nita said...

W/salam Ika,
Alhamdulillah,rinduuuuu sangat kat Ika......kat kek lapis ika, roti ika ..mcm2lg la...harap2 ok lah pasni ya!
Nak kek ya...mai la amik ,dua potong pon boleh...hehehe

Unknown said...

assalam akak mohon copy resepi ye..:)

Kak Nita said...

w/salam ,
silakan...

Anonymous said...

salam kak..nk tanya ckit..susu tepung bleh gantikan susu cair??

Kak Nita said...

Wsalam...biasanya bhn kering tak boleh digantikan dgn cecair..sbb sekiranya terlebih cecair Kek akan bantat.