Followers

Saturday, December 26, 2015

Simple Homemade Pizza Daging

Assalamualaikum,


Kaknita tak mahir lg bab2 meroti.Mcm2 resepi dah kaknita cuba dan resepi Mamak Haji ni mmg tidak menghampakan.Alhamdulillah.Terima kasih kepada Mamak Haji. Izinkan saya share kat sini pulak ye...Resepi kat bawah ni nampak mcm panjang  sbb ada diselitkan tips2 yg berguna oleh Mamak Haji.Toppingnya terpulang kepada anda ,kali ni kaknita hanya letakkan apa yg ada ja~simple sgt tp puas mkn..hihi





SIMPLE HOMEMADE PIZZA DAGING
Sumber 1:Mamak Haji(fb)
Sumber 2: kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK DOH PIZZA:
2 biji pizza bersaiz 10″ – 12″.

3 1/2 cawan tepung gandum.
2 1/4 sudu kecil (tsp) yis segera.
2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
2 sudu kecil garam.
1 sudu kecil gula.
1 – 1/2 cawan air suam (gunakan secawan dulu).



CARA BUAT DOH:

  1. Yis dan gula satu sudu kecil digabungkan dalam sebuah mangkuk. Isi dua sudu besar air suam. Bancuh yis dan gula sebati dengan air. Biarkan selama 10 minit. Yis cepat bertindak dengan gula.
  2. Bahan-bahan lain minyak dan garam masukkan dalam tepung dan sebatikan. Buat kolam tengah tepung dan isikan adunan yis.
  3. Uli tepung sehingga menjadi permukaan doh licin.
  4. Sapukan tepung pada doh dan biarkan dalam bekas yang boleh tampung doh berkembang sukurang-kurangnya X3 ganda saiz doh. Tutup bekas. Biarkan selama 30 minit atau doh anda jadi 2 X besar. Cepat lambat terpulang pada suhu sekeliling dapur anda.
  5. Nota: Dalam masa menunggu doh kembang, masukkan kuali leper yang anda gunakan untuk buat ketayap atau kueh gulung atau bakar capati. On kan oven dengan suhu 230 C atau 450 F . Setkan masa 30 minit. Tentukan papan grill oven diletakan pada paras bawah oven. Kuali leper kita menjadi “pizza Stone”. (kaknita skip step ni)
  6. Buka tudung bekas doh dan tumbuk doh anda dan leperkan. Bahagi dua doh sama saiz.
  7. Ambil sekeping kertas aluminium ( sepatutnya gunakan pizza peel) taburkan dibawahnya bijirin untuk baby kalau ada atau nestum supaya senang ditanggalkan selepas masak. Sebelum leperkan doh sapukan kedua tangan anda dengan tepung. Leperkan guna tapak tangan bermula dari tengah doh. ketebalan yang perlu leperkan 1/2 inci. ukur keliling bersaiz 10-12 inchi. Setelah selesai leperkan, picit dengan jari penghujung doh pizza untuk jadikan bibir.
  8. Bila roti pizza siap untuk dibakar, sapukan minyak (nipis) ke permukaan, supaya topping pizza anda tidak meresap dan buatkan pizza anda lebih keras sedikit. Tekan dengan jari anda supaya pizza anda tak gelembung semasa membakar. Rehatkan selama lima minit sebelum masukkan dalam oven untuk bakar.
  9. Cara buat topping pizza (versi palingsimple-kaknita)
  10. Sapukan cili sos dengan menggunakan sudu di atas permukaan pizza anda. Tabur daging **,sedikit daun bawang yg telah dihiris ,sedikit mixed herbs ,cheese Mozzarella atau Parmesan dan mula susun topping di atas pizza. Jangan banyak sangat sos cili ,mozarella cheese, ia akan lembikan pizza anda. sukatan ialah 1/3 cawan  sos (3-4 sudu besar) dan 1/3 cawan cheese. Anda boleh tambah cheese cedar kalau mahu, bila pizza anda telah bakar 15 minit dalam oven.
  11. Bakar dalam suhu 230 darjah C selama 15 -20 minit. Pizza anda dah siap.


Daging **
250gm daging segar dicincang
2 ulas Bawang putih dicincang
2 bijibawang besar/holland didadu
sedikit garam dan lada sulah

Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu .
Masukkan daging ,masukkan sedikit air .
Perasakan dgn garam,kiub pati daging dan lada sulah
Biarkan mendidih hingga daging masak dan kering kuahnya .







Thursday, December 24, 2015

Sambal Totok Jawa


Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul,



Sambal ni sesuai dimakan dgn nasi panas .Mmg membuka selera.Kaknita mmgselalu buat sbb anak2 suka.Sambal ni adalah gabungan cili dan bawang  dan ditumbuk kasar2 gitu ditambah pula dgn perahan limau ~mmg sesuai gitu. Creative benor org jawa kannn?.Utk kali ni kaknita hidangkan pula dgn gulai ikan siakap daun kesum...mmg makan bertambah la bebudak tu.Kalu nak cuba bole semak resepi ni.

Sambal Totok Jawa
Sumber: CMG
Dikongsi Oleh :Kaknita-jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahannya:
5 biji cili merah, kerat pendek cuci dan toskan
10 biji cili padi siam, kaler merah, cuci dan toskan
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
Sebesar ibu jadi orang dewasa, belacan, dibakar hingga harum-kaknita xletak
Garam dan gula secukup rasa
4 biji limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Ikan bilis digoreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Goreng pulak bawang merah kecil dan bawang putih hingga layu, angkat dan toskan. Kemudian goreng cili merah dan cili padi hingga layu, angkat dan toskan.
  2. Ikan bilis goreng tadi ditumbuk sedikit tapi jangan sampai hancur, cukup sekadar patah2 sahaj . Tumbuk cili merah dan cili padi hingga pecah2 dan kasar2 je tau. Tambah bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng tadi. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan tumbuk sebati.
  3. Perahkan jus limau kasturi, gaul rata dan tambah ikan bilis pada saat2 akhri sebelum dihidang bersama nasi panas dan lauk2 lain kegemaran anda... Selmat mencuba!


resepiSINI


Thursday, December 17, 2015

Gulai Ikan Kering Tumis Darat


Assalamualaikum,



Antara gulai klasik yg kaknita suka adalah gulai ni. Bebaru ni teringat nak buat,kebetulan pulak ada nenas kat petiaistu. Apalagi jadi la gulai ikan kering tumis darat bersama nenas..
Jom kita semak resepinya:


Gulai Ikan Kering Tumis Darat
Bahan-bahan: (untuk 2-4 orang makan)

Beberapa ketul ikan talang masin - anggaran dalam 200g - ambil bahagian tulang
(rendam dgn air -utk kurangkan masin)
1/2  biji nenas - dihiris nipis atau dipotong segi 3
1 paket rempah kari ikan kering
1 cawan air
Sedikit santan
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
5 tangkai cili kering  - dipotong serong
2 tangkai daun kari
Sedikit garam / gula (bergantung pada rasa) - Selalunya gulai dah masin dengan rasa ikan masin.

Cara memasak:

  1. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Kemudian masak di atas periuk tanpa minyak (tak perlu tumis).
  2. Apabila rempah kari dah masak, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan nenas, biar nenas masak bersama rempah kari.
  3. Tambah air untuk kuah. Kemudian masukkan ikan talang masin. Biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan sedikit santan. Biarkan sehingga mendidih. Sesuaikan rasa gulai dengan garam atau gula.
  5. Sambil tu, tumis bawang merah, cili kering dan daun kari bersama sedikit minyak sehingga agak layu dan garing.
  6. Kemudian masukkan kesemua bahan tumis ke dalam gulai yang telah masak. Kacau sebentar dan tutup api. Sedia dihidangkan.

Friday, December 11, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah....jeng2!!

 Assalamualaikum wbt...


Bila bermulanya cuti sekolah maka ramailah  ibubapa mengambil kesempatan utk mengkhatankan anak-anak lelaki comel masing2 . Alhamdulillah banyak plan kami berjalan lancar tahun ni. Pada mulanya nak bersunat diklinik berdekatan aje tp plan bertukar  bila ada rakan sekerja offer utk mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai ditaman perumahannya. Lagi pon saja nak bagi Rafiq -anak kami yg paling kecik ni rasa seronok dan bersemangat sikit. 
Rafiq ni berumur 9thn. Agak manja berbanding dgn kakak dan abg2nya. Dari awal thn lg kaknita dan suami dah bgtau  plan kami dan cuba fahamkan dia ttgnya pentingnya bersunat .Dia setuju dgn bersyarat..nak tau apa syaratnya??
Dia nak hadiah !haha...

Alhamdulillah ,pada 5hb Disember 2015 yg lalu bersunatlah adik Rafiq bersama 19 rakan yang lain diTaman KTC Kulim Hi-Tech . Terima kasih kepada AJK 
Taman KTC kerana menjayakan majlis ni.

Majlis dimulakan dgn bacaan doa, mandi beramai2 ...dgn kerjasama bomba.


masyaallah  ada pelangi tu...


seronokkknyerr mandi...


Selepas mandi dan makan budak-budak2 yg nak bersunat ni ditempatkan dlm satu bilik utk menunggu giliran sambil menonton movie.Tujuannnya supaya budak2ni tak dengar sekiranya ada jeritan dr budak yg telah sampai gilirannya.
Ada dua org doktor /pegawai perubatan yg mengendalikannya dgn kaedah laser dan kosnya adalah RM 110.00.Abg Luqman dan Irfan dulu bersunat dgn Mudim aje dlm thn 2008 (kos:RM40.00seorang) .
Kaedah Laser ni mmg cepat dan darah pon kurang . Ramai yg tak nangis ..termasuklah anak ibu nih...hihi.Selepas bersunat tu terus jer bagi dia minum ubat tahan sakit .
Rehat sekejap dan terus balik rumah.
Doktor hanya bagi ubat tahan sakit .Cara cuci- air suam dan putik kapas.Hari ke-4 dah mula mengering. Hari ke-5 knita masuk keja balik ...sebelum gi keja knita masak dulu. Selalunya knita grill ikan dan sayur sawi tp bila nampak luka tu dah kering kak nita bagi ikan goreng /masak asam .
Menu2 lain sama mcm kita berpantang .Elakkan makanan yg gatal.
Tu pon Rafiq dah bising nak burger ,pizza ,ketam bagaiii.


Kalau dulu2 kita ikat kain dgn tali mcm gambar atas sekali tu tp sekarang xyah lg ~ada kaedah lebih simple ...hihi. kak nita pon goggle jugak cari kaedah .Banyak juga tips yg kaknita dapat dari blogger2 . Antaranya dari blogYati Yusof .Tqsm yati.
 Guna hanger dan tali pinggang   ikat kan terus dipinggang (mcm gambar atas ni...terconget kan kain tu...hihi) . Tutorial kat bawah ni yer..


gambar ni pinjam  dr blog Yati

Semoga tips disini berguna dan dipanjangkan lg kepada sahabat lain.Insha Allah.







Tuesday, November 17, 2015

Family Trip Ke Negeri Dibawah Bayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alhamdulillah,bebaru ni akak dan suami berjaya membawa anak2 ke Sabah selama 4 hari 3mlm. Bertambah meriah lg bila paksu kakza dan anak2 turut serta.Perjalanan dari Penang Airport ke Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 2.5 jam. Alhamdulillah dgn cuaca yang baik pernerbangan kami tiba 10minit lebih awal. Schedule lawatan ,budget dan booking dirancang dan buat beberapa bulan awal oleh suami knita.

Oleh kerana kami tiba pada pukul 7.30pm , kami singgah diPasar Filipino untk cari makanan kemudian terus ke homestay utk rehat  dan mulakan perjalanan keesokkan harinya . Di sini waktu solat berbeza dgn semenanjung sbb siangnya lebih cepat. Ini adalah waktu solat ketika kami disana :
Subuh   4:45
Zohor 12:03
Asar    15:24
Maghrib 17:57
Isyak 19:10

Chicken wing banyak dijual di pasar ini.

Hari kedua  kami ke Jambatan Tamparuli, Rumah Terbalik, Kinabalu Park dan Desa Dairy Farm.











Suasana di Kinabalu Park, Desa Dairy farm sungguh nyaman dan sejuk . Lebih sejuk dari Cameron Highland . Sepanjang perjalanan , ada banyak sayur-sayuran segar yg dijual dgn harga yg murah.




Aktiviti hari Ketiga : Island Hopping - kami menyewa bot ke empat pulau menarik -:
1) Pulau Mamutik
2) Pulau Manukan
3) Pulau Sapi
4) Pulau Gaya
Sewa bot = RM250

Pulau-pulau ni mmg indah dan menjadi tarikan setiap pelancong.Kami menghabiskan masa dgn mandi dan snorkeling selama sejam di setiap pulau kecuali di Pulau Gaya. Subhanallah, pasir pantai putih , air yang jernih dan pemandangan yg menarik sgt menenangkan jiwa. Tambah menarik lg bila dpt menemami anak2 bersnorkeling dan dikerumuni oleh anak-anak kan2 yg berwarna warni . Akhir sekali kami meronda ke Pulau Gaya .Pulau ini adalah perkampungan nelayan yg mana terdapat barisan rumah terapung di sini.








Hari Keempat kami bershopping la pulak...Shopping sikit2 jerr...di Pasar Filipino ,KK.Macam2 ada kat sini barang2 cenderahati , kraftangan ,mutiara asli /tak asli ,makanan,ikan segar dan kering.Kebetulan kali ni bukan musim lobster maka xdapat lah kami merasa . Hasil-hasil laut disini mmg segar-segar belaka. Ada perkhidmatan pembungkusan seafood utk dibawa balik ke semenanjung . Selesai bershopping kami pon bergegas ke airport.









ubi kayu yg telah diproses dan disagat halus
buah bugik /pugi/buah tampoi



Gitu ler percutian singkat kami . Bersama2 ini diserta schedule  dan actual expenses di Sabah yg disediakan oleh suami kaknita utk rujukan bersama insha Allah. (utk nampak lebih jelas sila right click and open in new tab).


.







Monday, October 12, 2015

Rendang Kerang



Assalamualaikum..



Dulu-dulu kak nita  xpenah buat rendang selain daging dan ayam tapi sekali cuba rendang kerang - jadi sedap la pulak. Terima kasih kak noor dr sajian dapur bonda sbb sudi share resepi ni.
Setakat ni dah 2-3 kali buat ...cepat sgt habis .tambah2 buat basah gini ..
So, kalu sesapa nak cuba tu boleh semak resepi kat bawah ni.


Rendang Kerang
Sumber 1: sajiandapurbonda.
Sumber 2: kaknita-jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahannya:
1 kg. isi kerang rebus
500 gram santan pekat
350 gram kerisik
200 gram halia muda – dihiris
1 batang serai – dititik/diketuk
2 – 3 keping asam gelugor
2 – 3 helai daun limau purut – disiat
6 helai daun kunyit – dihiris halus
5 helai daun limau purut – dihiris halus-knita xletak
Garam dan gula  secukup rasa
Minyak secukupnya

Bahan Kisar Halus:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 – 4 ruas kunyit hidup
2 inci halia tua
2 inci lengkuas
3 batang serai
3 senduk cili kering kisar-knita letak 1 1/2 senduk je..
4 – 5 biji cili padi merah-knita letak cili padi hijau (dlm 10biji) 
Air secukup untuk mengisar

Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan halia muda yang telah dihiris dan goreng sehingga kekuningan dan layu.
  2. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masak sehingga garing dan terbit minyak.
  3. Tuangkan santan. Masukkan daun limau purut yang disiat dan serai yang dititik dan asam gelugor. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan isi kerang. Setelah kuah rendang agak kering, masukkan kerisik dan kacau sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan hirisan daun limau purut. Kacau lagi dan biarkan ia mereneh seketika di atas dapur.
  6. Bila telah menepati citarasa dan setelah minyak timbul dipermukaan kuah rendang, bolehlah ditutup api. Sedap dimakan dengan nasi panas, dan dicicah dengan ketupat pulut, lemang, dan ketupat nasi.



Wednesday, September 16, 2015

Gulai Ikan Jintan Putih



Assalamualaikum,




Pertama kali try gulai ni dah jatuh hati hihi..Sebelum ni dengar cerita jer ..tp bila dah try perghh...mmg berselera mkn nasi. Simple ja dan tak perlukan rempah kari dan tak bersantan.
Cer tengok kuah dia tu ...kalu teringin jom cuba mcm resepi kat bawah ni..



Gulai Jintan Putih .
Resepi asal : xpasti
Dicuba Oleh : Kaknita -jomknitamask.blogspot.com

Bahan2
Ikan segar  -knita guna ikan susu -3 ketul
10-15biji cili kering-direbus dan dikisar
1 biji bawang besar
3 ulas bwg putih
1 sudu besar jintan putih (banyakkan? - sbb tu nama dia ada kat tajuk tu..hihi)
1 biji buah keras
sedikit kunyit hidup
air asam jawa
garam
gula / perasa (jika suka)
sedikit daun kesum
buah tomato 

Cara2nya
  1. Cili , bwg putih dan besar,jintan putih,kunyit hidup dan buah keras dikisar halus.
  2. Tumiskan bhn kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukan ikan dan air asam dan air secukupnya .
  4. Perasakan dgn garam dan gula.Masukkan daun kesum.
  5. Biarkan mendidih dan ikan masak.
  6. Hidangkan.


Sambal Belacan

Assalamualaikum ,



Sambal belacan mmg menjadi satu kemestian didalam hidangan makan tengahari masyarakat kita.
Terutamanya masyarakat melayu. Terdapat bermacam2 jenis sambal belacan. Ada yg biasa , ada yg dicampur dgn buah-buahan .Cthnya buah machang , pelam ,durian , belimbing dan lain2 lagi.
Ikut selera masing2.Ada juga sambal jawa dan sambal siam yg punyai kaedah dan bhn2 yg tersendiri.
Yang kat atas ni adalah sambal belacan biasa yg knita campurkan dgn buah machang.
Jom semak resepinya:

Sambal Belacan

Bahan2nya
4 biji cili merah
4 biji cili padi ( ikut rasa - kalu nak lg pedas boleh tambah ye)
belacan sebesar 2 ibu jari
garam dan gula secukupnya
air asam jawa- agak2 -bagi pekat bersalut.
buah machang  - dicincang

Cara2nya

  1. Masukkan semuanya dlm lesung kecuali air asam jawa & buah machang.
  2. Tumbuk sampai pecah2 -jgn halus sgt ( cth mcm gambar kat atas) .
  3. Pastu masukan air asam jawa dan buah machang .
  4. Kacau sebati . 
  5. Hidangkan.  

Pasti menyelrakan bila dihidangkan dgn nasi panas , ulam-ulaman ,ikan goreng dan gulai ikan ..


Monday, August 31, 2015

Kek Puding Karamel


Assalamualaikum ,



Selamat Menyambut hari kemerdekaan yang ke 58. Terima kasih juga utk sahabat lama kaknita -Che Pah yg sudi singgah dlm perjalanan pulang ke Shah Alam. Seronok bercuti panjangkan .Bila anak2 semua ada dirumah semangat la kaknita nak masak . Teringat pula kek karamel yg dah lama tak buat ni. Dulu2 kaknita buat yg kosong ja tapi kali ni cuba kaler2kan dia sikit nak bagi comei la konon tapi hasilnya tak la comei sgt.

Satu adunan ni akan menghasilkan 1 loyang penuh size 9". Bg sesiapa yg suka lapisan karamel yg tebal , boleh gandakan kuantitinya ya..

 
KEK PUDING KARAMEL
Sumber 1 ;mayang
Sumber 2 : kaknita~jomknitamasak.blogspot.com

BAHAN A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula

CARA-CARA:
Tabur gula ke dalam loyang serata dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan) * nota seratakan karamel tu baru cantik dan sekata. Jgn buat coklat sangat... cukuplah sekadar bertukar menjadi perang sedikit yer... tapi kalau suka pahit-pahit manis boleh aje bagi perangkan lagi gulanya.
**nota knita:bila cair dan hangus gula tu maka cepat2 la masuk kan air dan kacau hingga cair kembali. kalu x gula tu akan mengeras dan susah nak transfer ke loyang

BAHAN B
(untuk puding karamelnya)
1/2 tin susu cair,
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
1/2 sudu makan tepung kastad ( knita tambah)

CARA - CARA:
kacau semua bahan sampai sebati
Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )

BAHAN C ( KEK )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
1 cawan air
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak

CARA - CARA:
Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.


BAHAN D (Meringue)
6 biji putih telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh cream of tartar


CARA - CARA:
Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).

CARA-CARA

  1. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
  2. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
  3. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
  4. Bakar secara double boil (Letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
  5. bakar selama 1 jam, suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
  6. Bila sudah masak, tunggu sejuk dahulu dan kek akan mengecut dan lekang dari tepi loyang. Bila sudah sejuk barulah terbalikkan kek dan simpan dalam peti sejuk sebelum di hidangkan (lebih sedap, tapi kalau nak makan begitu sahaja pun ok juga.)