Assalamualaikum..
Dulu-dulu kak nita xpenah buat rendang selain daging dan ayam tapi sekali cuba rendang kerang - jadi sedap la pulak. Terima kasih kak noor dr sajian dapur bonda sbb sudi share resepi ni.
Setakat ni dah 2-3 kali buat ...cepat sgt habis .tambah2 buat basah gini ..
So, kalu sesapa nak cuba tu boleh semak resepi kat bawah ni.
Rendang Kerang
Sumber 1: sajiandapurbonda.
Sumber 2: kaknita-jomknitamasak.blogspot.com
Bahan-bahannya:
1 kg. isi kerang rebus
500 gram santan pekat
350 gram kerisik
200 gram halia muda – dihiris
1 batang serai – dititik/diketuk
2 – 3 keping asam gelugor
2 – 3 helai daun limau purut – disiat
6 helai daun kunyit – dihiris halus
5 helai daun limau purut – dihiris halus-knita xletak
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya
Bahan Kisar Halus:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 – 4 ruas kunyit hidup
2 inci halia tua
2 inci lengkuas
3 batang serai
3 senduk cili kering kisar-knita letak 1 1/2 senduk je..
4 – 5 biji cili padi merah-knita letak cili padi hijau (dlm 10biji)
Air secukup untuk mengisar
Penyediaannya:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan halia muda yang telah dihiris dan goreng sehingga kekuningan dan layu.
- Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masak sehingga garing dan terbit minyak.
- Tuangkan santan. Masukkan daun limau purut yang disiat dan serai yang dititik dan asam gelugor. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan isi kerang. Setelah kuah rendang agak kering, masukkan kerisik dan kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan hirisan daun limau purut. Kacau lagi dan biarkan ia mereneh seketika di atas dapur.
- Bila telah menepati citarasa dan setelah minyak timbul dipermukaan kuah rendang, bolehlah ditutup api. Sedap dimakan dengan nasi panas, dan dicicah dengan ketupat pulut, lemang, dan ketupat nasi.
No comments:
Post a Comment