Followers

Saturday, September 10, 2016

Kek Coklat Cheese Lava Veranntuu...


Assalamualaikum,



Lagi 1 hari kita bakal menempuhi 10 Zulhijjah iaitu hari Aidiladha. Masing2 dah  bersedia utk ibadah korban dan tak kurang jugak yg baru bersiap2 nak balik kg . Macam kaknita ni ok jer ,tak kalut sgt sbb kg dekat2 jer. Alhamdulillah semalam akak dah cuba kek yg sedang viral tu ..knita tukaq nama sikit sbb akak ni penakutt..so, jgn kecam akak yer..
Mula2 diperkenalkan oleh kak Azlita Aziz, pastu kat fb Azlina Ina...Terima kasih bebanyak kak ita & azlina kerana sudi berkongsi resepi .Bole ja semak resepi di blog & fb sifu2 ni . Utk kek ni kaknita refer resepi ni dan kaknita olah sikit ikut bhn yg ada kat dapoq tu:

.

Resepi : fb azlina ina

Bahan2:
2 bj telur B
3/4 cwn gula
1 sb ovallet
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1/2 cwn mentega cair
1/2 cawan whipping cream/ susu cair
1/4 cwn air panas mendidih
Mixed telur, gula,ovallet sampai gebuss
Masukkan susu ,mixed lg .
Masukkan mentega cair, tepung yg telah diayak dgn soda td. 
Bakar dgn suhu 150(ni oven kaknita la ..)
So pandai2 la ikut oven seniri yer. 
Masa nak bakar ni, sila lapiskan dgn air ya . Kalu nak kukus pon boleh.

Utk ganache:
1 cwn Cooking choc
1 cwn Whipping cream /susu segar /susu cair
1/2 st hazelnut paste
2 sb butter
( Double boil)

Bhn cheese :
250 gm cheese
1/2 cwn susu pekat manis
1/4 cwn susu segar
Mixed jer semua sampai sebati

Ok bila kek dah masak , sejukkan dulu .
Pastu potong . Letakkan kek , lapiskan dengan adunan cheese , utk kek kaknita tu letak dua lapis cheese .
Letakkan dlm peti ais sebentar dlm15 min.
Pastu curahkan ganache atas lapisan atas cheese.
Masukkan dlm peti sejuk . Bila sejuk sikit baru sedappp..inshaa allah