Followers

Sunday, July 29, 2012

Kuih Lopes


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Hari ni dah masuk hari ke-9 kita menjalani ibadah puasa...sekejap ja kan..? Moga2 kita semua dikurniakan kesihatan yg baik untuk menempuh hari2 yg seterusnya insyaAllah. 

Akak sebenarnya tak pernah lg buat Kuh Lopes sebelum ni  tapi semalam Balqis (tuan putri akak tuh...!) request nak makan kuih ni untuk berbuka. Sebelum ni akak ada pernah nampak kat blog asyifamamafami dan Kak Yatie ,bahan2 pon sikit dan senang ja nak buat. So, ni lah hasil percubaan pertama akak. Alhamdulillah , pulutnya masak dgn sempurna dan lembut.Balqis suka sangat la dgn bentuk love nih...siap bersahur lagi dgn kuih ni...hehehe...
Jom kita tengok resepinya ...


Kuih Lopes
Rujukan : Blog Sinar Kehidupanku

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
Bahan Utk Air Gula
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
2 helai daun pandan, di simpul

Cara-caranya
1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan








Thursday, July 26, 2012

Caramel Cheese Pudding


Assalamualaikum dan salam sejahtera .....


Adussss ...lama sungguh tak meng'update' blog ni . Bukan sengaja tapi keadaan tak mengizinkan . Kamera akak mogok . Sepanjang lima hari berpuasa ni akak mmg masak utk berbuka .Bukan apa, malas nak bersesak-sesak di bazar ramadan . Walaupon kesuntukan masa akak cuba sediakan masakan yg simple yg menjadi kegemaran anak2 . Kalu nak buat kuih / puding ke, akak buat lepas bersahur. Almaklumlah waktu kerja akak  macam biasa ja 530ptg baru habis,  sampai rumah pukul 630ptg. Satu jam akak spend utk sediakan hidangan setiap hari .
Setiap kali siap hidangan tu, akak cuba amik gambar guna camera handphone tapi hasilnya agak mengecewakan . InsyaAlIah dalam dua tiga hari lg kamera tu akan ok balik . Anyway ,terima kasih pada pengunjung yg sudi singgah walaupun tak dak apa2 yg terkini. 

Ok lah..N3 kali ni adalah Caramel Cheese Pudding ( ni pon gambar lama yg dalam simpanan) yg sangat nyaman dan menenangkan tekak, mmg sesuai untuk berbuka. Gabungan rasa puding , caramel dan cheese tu amat menepati citarasa akak. Resepi ini akak dapat dari  Yani~MyResepi. Ramai yg yg dah cuba dan mengaku mmg pu puding ni mabelesss dan 1st class gituu... Kot2 teringin nak cuba, sila rujuk resepi kat bawah ni ya... 



Caramel Cheese Pudding
Resepi asal : Yani~myresipi

Bahan-bahan 
[ Karamel ]
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam
[ Puding ]
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara

1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
6. Sejukkan sebelum dihidang.
Selamat mencuba!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadan 1433 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah ....Ramadan datang lagi . Syukurlah , kita masih berpeluang lagi menjalani ibadah puasa bersama keluarga.  Namun  ada juga  yg berasa sayu bila menjelangnya Ramadan disebabkan kehilangan org yg disayangi , berjauhan dgn keluarga dan sebagainya .Hadapilah dgn tenang dan tabah . Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya. 


Antara perkara2 positive yang berlaku disekeliling kita disekitar bulan Ramadan ialah:
1) dapat berkumpul beramai2 untuk berterawikh
2) org yg kaya membantu yg miskin melalui zakat dan sedekah
3) bertukar2 juadah sesama jiran tetangga
4) yg tak penah masak jd rajin masak
5) yg rajin masak bertambah rajin masak
6) sekecik pon dah bersemangat berpuasa walaupon bermula dgn separuh hari.
7) yg tak pernah bangun awal , boleh pulak bangun awal.
8) tak kurang juga yang dapat menambah pendapatan melalui perniagaan dibazar ramadan
dan macam2 lg lah.

Moga-moga yg apa-apa yg positive tu akan terbawa-bawa ke bulan yg seterusnya insyaAllah.

Akhir sekali akak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak . Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua . Di sini juga akak ingin memohon kemaafan sekiranya ada yg terkurang, terkasar ,tersinggung ,terluka yang datang dari akak dan dalam penulisan akak ni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah yg buruk itu datang dr akak sendiri.

Wassalam..

    


Monday, July 16, 2012

Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,


Hari Sabtu lepas , akak dan suami ke Pasar berdekatan rumah akak ni. Sebelum pi tu akak tak dak plan lg nak masak apa . Masa dok jalan2 kat Pasar tu akak asyik  nampak bunga kantan jer, semuanya fresh...kali ketiga akak nampak , akak terus ambil . Pastu penjual tu tanya ..." kak..daun kesum tak mau ka? Buat asam pedas .." .Pastu akak pon terpikir betui jugak no...dah lama tak buat asam pedas. Lantas akak pon jawab " Ok lah ".(sambil berkata dlm hati -baguih jugak org ni-siap bg idea kat aku lg..hehehe).
Lepas tu akak pon pi cari ikan pari . Balik jer rumah akak terus siapkan hidangan yg simple ni bersama ulam-ulaman ,sambal belacan , dan ikan goreng . Resepi yg SIMPLE & SUPERB ni akak dapat dari blog Che Mat Gebu . Kalu nak tau sejauh mana kebenarannya sila lah cuba yer....


Asam Pedas Ikan Pari
Sumber Resepi : Blog Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan pari kecil @ tuka - kak nita pakai ikan pari besar 
1 biji kecil nenas madu, kupas dan hiris sederhana tebal - kak nita gantikan dgn timun
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar (nak pedas boleh lebih)
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
Bunga Kantan
Daun Kesum
1 btg serai -dititik -kak nita tambah
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan pari disiang, belah 4 setiap 1 ekor, cuci dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan..
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus bersama serai  hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan nenas dan gaul rata.
Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, kacau perlahan dan tuang jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok.
Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan juga ulam-ulaman.


Seronok2 makan kenalah tau khasiatnya jugak. Berikut adalah khasiat bunga kantan yg akak dapat dari blog sini dan daun kesum pula kat sini untuk dikongsi bersama:

Bunga Kantan 
Nama Scientific :  Phaeomeria speciosa Koord

mengubati sakit telinga dan membersihkan luka.  Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.  Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.  
Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair. Bagi mencuci luka di badan, air rebusan daun kantan yang masih suam digunakan dengan melumurkannya ke seluruh bahagian luka.  
Daun Kesum
Nama Scientific : Polygonum minus Huds
Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin.  
Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.




Friday, July 13, 2012

RVC & RV Mini Cupcakes



Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Sempena bulan Syaaban yang mulia ni, akak dan rakan seoffice berpakat utk buat makan2.Lagipon tak lama lagi nak sambut Ramadan. Alhamdulillah... tadi pada pukul 1pm..semua kami berkumpul dan menikmati semua makan yg berbagai2 tu dgn jayanya....Seronok sungguh makan sampai tak hengat nak bawa kamera....Antara  makanan lain tu adalah Laksa, Pulut Kukus bersama sambal tumis ikan bilis, nasi lemuni,kuih sri ayu, kek Oren,kek coklat , rojak buah,puding  dll lg. Kek yg kat bawah ni akak buat semalam utk majlis ni lah .Mini cupcakes ni pulak untuk si kecik yg kat umah nih...
Resepi ni sama yg akak buat dulu . Kalu nak boleh klik sini




Sunday, July 8, 2012

Chicken Lasagna

Assalamualaikum dan Salam Pagi Ahad ye....



Hari ni akak nak masukkan N3 ni...makan malam kami semalam...Chicken Lasagna. Dah lama akak tak buat ni.Kekadang kalu teringin tapi tak dan nak masak ,makan je kat Pizza Hut .Semalam akak free,bila dah semua org kata tak nak makan nasi...akak pon buatlah yang ni dan juga Garlic bread & pasangannya Mushroom Soup.Alhamdulillah ,semuanya kenyang dan puas makan...Resepi utk Chicken Lasagna ni akak dapat dr blogKak Ida~1001resepi. Terima kasih ya Kak Ida...sedap sungguh resepi  ni..



Chicken Lasagna
Sumber Asal : Kak Ida (koleksi1001resepi)
Dikongsi Oleh : Kak nita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya
Kepingan pasta lasagna 

Sauce Merah
Olive Oil
Bawang Putih
Bawang Besar
Mince Chicken (isi ayam hancur -ada jual kat Tesco@ mana2 pasaraya)
Pasta Sauce
Brown Sauce-kak nita tambah
Kiub ayam-akak tambah
Dry basil ~kak nita tak letak sbb dlm Kimball ni dah ada basil boleh juga gantikan dgn bay leaves
Sedikit sos cili-kak nita tambah

White Sauce/Cheese Sauce
3-4 cawan susu full cream-akak pakai susu cair
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
Garam & serbuk lada hitam

Cara2nya.


  1. Panaskan minyak ..tumiskan bawang putih & bawang besar yg telah didadu until slightly golden in colour... 
  2. Masukkan mince chicken, kacau sebentar sebelum masukkan button mushroom dan sebotol besar original pasta sos...kak nita gunakan Kimbal Spagetti sos.
  3. Kacau sehingga sos pekat. tambahkan sedikit garam, gula dan serbuk perisa. akhir sekali masukkan fresh atau dry basil. 
  4. White sauce/Creamy cheese sauce....panaskan 3 sudu besar butter, masukkan 2 susu besar tepung gandum dan kacau sebentar sehingga tepung slightly golden. 
  5. Masukkan 3-4 cawan susu full cream dan biarkan susu mendidih hingga pekat sedikit....masukkan 2 ke 3 cawan grated cheddar cheese. 
  6. Kacau sehingga sos pekat. season with salt and pepper. ready to use. 
  7. Dengan menggunakan bekas tahan panas.
  8. Sapukan minyak zaitun sebelum ratakan sedikit sos pasta tadi
  9. Susun kepingan pasta, sendukkan sos pasta keatasnya dan kemudian cheese sos untuk layer seterusnya. susun kepingan pasta lagi dan diikuti dengan sos pasta sebelum akhir sekali cheese sos...  taburkan mozarealla dan parmesan cheese dan bakar pada suhu 180C selama 25 ke 30 minit (kalau oven kak nita 160C -25min). 
  10. Selepas dikeluarkan dari oven biarkan lasagna selama 15 minit sebelum di hidangkan...apabila sejuk lasagna akan shrink sedikit....enjoy!


Tuesday, July 3, 2012

Chicken Foldover ~sendiri bikin


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Atas permintaan ramai (permintaan isi rumah akak ler) , malam ni akak sediakan Chicken Foldover ikut citarasa sendiri. Meriah gitu...ikut suka hati la katakan...kalu nak order masakan jd begini...hahaha. Mudah aje...beli roti tortilla kat supermarket,sayur-sayuran , isi ayam ,telur @ apa2 je yg rasa nak letak kat dalam tu , lipat (fold) dan makan .Sekali-sekala ok gak lah...
Jom kita semak resepi kat bawah ni..

  



Chicken Foldover

Bahan2nya
Roti tortilla/yg sekutu dgnnya( capati pon boleh kot...)
Isi ayam
Kentang 
Tepung Ayam Goreng
Telur
Daun Salad
Timun
Tomato
Sos Cili
Jalapeno Cheese ( Cheese powder yg kita makan dgn potato wedges tu)
Mayonis

Cara2nya
1. Isi ayam ,kentang dicelup tepung dan digoreng.
2. Telur digoreng dan dikacau ,jadikan scramble egg.
3. Tomato dan timun dihiris nipis.
4. Panaskan tortilla 20-30 saat -dalam microwave (ikut instruction kat pack )
5. Susun semua bahan diatas  tortilla ,picitkan sos cili ,mayonis dan jalapeno cheese dan lipat . Kalu nak gulung pon boleh..ikut suka janji senang nak masuk mulut...sebelum tu jgn lupa bismillah ....
6. Sedia untuk dimakan. 


Ni la roti tu ...beli kat Econ Save

 Balqis dah tak sabaqq...balqis punya -versi kurang sayur..lebih ayam & scramble eggs.




Sunday, July 1, 2012

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam seharian akak menghadiri Majlis Kahwin sedara.Meriah kenduri tu ,lauk pauknya pon sedap.  Dalam keadaan cuaca yang panas tu dan org yg ramai tu, terasa nak makan yg sejuk2 dan nyaman tapi bila sampai kat umah terus jd lembik dan tak boleh nak buat apa2. Alhamdulillah , pagi ni sesudah subuh akak pon terus tunaikan niat nak buat puding yg sememangnya nyaman sepertimana kata Chef Hanieliza, Kak Ita dan Kak Yati . Mmg sesuai la digandingkan bersama air laici tu sbg kuahnya...rasanya lembut ( mmg dangdut dangdut gitu!),kurang manis ~sangat menyegarkan sesuai sangatlah kalu nak dijadikan juadah bebuka puasa. Bahannya pon simple dan senang sangat . Satu adunan ni dapat banyak , kalu ahli keluarga tak ramai tu boleh buat 1/2 adunan.
Jom kita tengok resepinya: 


Puding Laici Dangdut
Sumber asal : Chef Hanieliza
Rujukan : Kak Ita~Masam Manis dan Kak Yati

Puding Laici Dangdut
Sumber asal : Chef Hanieliza
Rujukan : Kak Ita~Masam Manis dan Kak Yati

Bahan2nya
10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa ( agar-agar tali 28 gm)
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici ~ asingkan air dan buahnya
1 tin susu cair
Cara2nya

1. Masak agar-agar hingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. Jika guna agar-agar biasa, ( tali)  tapis dulu.
3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.