Assalamualaikum ,
Selamat Menyambut hari kemerdekaan yang ke 58. Terima kasih juga utk sahabat lama kaknita -Che Pah yg sudi singgah dlm perjalanan pulang ke Shah Alam. Seronok bercuti panjangkan .Bila anak2 semua ada dirumah semangat la kaknita nak masak . Teringat pula kek karamel yg dah lama tak buat ni. Dulu2 kaknita buat yg kosong ja tapi kali ni cuba kaler2kan dia sikit nak bagi comei la konon tapi hasilnya tak la comei sgt.
Satu adunan ni akan menghasilkan 1 loyang penuh size 9". Bg sesiapa yg suka lapisan karamel yg tebal , boleh gandakan kuantitinya ya..
KEK PUDING KARAMEL
Sumber 1 ;mayang
Sumber 2 : kaknita~jomknitamasak.blogspot.com
BAHAN A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula
CARA-CARA:
Tabur gula ke dalam loyang serata dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan) * nota seratakan karamel tu baru cantik dan sekata. Jgn buat coklat sangat... cukuplah sekadar bertukar menjadi perang sedikit yer... tapi kalau suka pahit-pahit manis boleh aje bagi perangkan lagi gulanya.
**nota knita:bila cair dan hangus gula tu maka cepat2 la masuk kan air dan kacau hingga cair kembali. kalu x gula tu akan mengeras dan susah nak transfer ke loyang
BAHAN B
(untuk puding karamelnya)
1/2 tin susu cair,
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
1/2 sudu makan tepung kastad ( knita tambah)
CARA - CARA:
kacau semua bahan sampai sebati
Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )
BAHAN C ( KEK )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
1 cawan air
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak
CARA - CARA:
Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.
BAHAN D (Meringue)
6 biji putih telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh cream of tartar
CARA - CARA:
Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).
CARA-CARA
- Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
- Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
- Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
- Bakar secara double boil (Letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
- bakar selama 1 jam, suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
- Bila sudah masak, tunggu sejuk dahulu dan kek akan mengecut dan lekang dari tepi loyang. Bila sudah sejuk barulah terbalikkan kek dan simpan dalam peti sejuk sebelum di hidangkan (lebih sedap, tapi kalau nak makan begitu sahaja pun ok juga.)
1 comment:
Hi it's me, I am also visiting this website on a regular
basis, this web page is genuinely good and the users are
genuinely sharing nice thoughts.
Also visit my site ... denah rumah sederhana
Post a Comment