Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ni kak nita nak share percutian budget kami ke Satun . Ia
adalah wilayah yg terletak di selatanThailand. Kami kesana dgn kenderaan sendiri berpandukan peta dan petua2 diblog dan rakan2 suami yg pernah ke sana. Prosedurnya sama seperti yang kaknita share sebelum ni di sini.
Kami masuk melalui Wang Kelian dan mengambil masa kira2 1.30jam untuk sampai ke Satun . Tempat pertama yg kami tuju adalah Pak Bara Beach . Cantik pemandangannya .
Majoriti penduduk di sini adalah beragama islam . Terdapat banyak masjid dan tempat makan halal.Tak lah risau sangat.
|
Sedap pulut ayam ni ...50sen pulut dan aym pula ikut size ..yg ni lebih kurang RM2.50 |
Hidangan utama yg dicari oleh En Suami ialah Kerabu Telur Belangkas( first time akak makan )dan menu2 lain adalah menu biasa spt tomyam campur dan nasi . Harga makanan disini ok la tapi ada lagi satu tempat makan yg menarik dan patut dikunjungi iaitu di Tanyong Pao. Tempatnya agak jauh dipendalaman . Alhandulillah hidangan tengahari kata sini cukup menyelarakan tambahan pula makan dibawah pondok ditepian pantai dgn angin yg menderu-deru. Bertambah2 kami makan hinggakan tak sempat nak amik gambar haha...
|
Pantai Tanyong Pao |
|
Restoran ditepi laut di Tanyong Pao |
|
memilih menu sambil menunggu tempat kosong . |
Nasib baik ada tempat penginapan . Tempat yg dicadangkan oleh kawan2 tu semuanya penuh maklumlah ramai yg bercuti .Chalet ni sederhana saja harga pon RM70/night.
Kami sempat juga berbbq pd mlm nya dgn menyewa alat2 utk berbbq dgn harga RM15.
Bahan2 mentah spt udang, siakap sotong dan bahan2 memasak tu kami beli semasa singgah di pasar pagi di Langu.Rata2 peniaga disitu adalah muslimah.
|
menyedut udara segar diSweet Garden..mmg sweettt lahh! |
|
Dua beradik yg xpenah berenggang |
|
Tandas di Sweet Garden |
|
Jeti Tamalang |
|
Bot kecil ke Pulau Tamalang |
|
Berjalan2 di Pulau Tamalang
|
Dari Jeti , En Suami bersama anak2 lelaki menaiki bot ke Pulau Tamalang sementara akak dan Balqis menunggu di Jeti ( takut nak nek bot kecik punye pasaii..hihi) . Pulau ni adalah sebuah perkampungan yang agak mundur dan penduduknya selalu berulang alik ke seberang sini untuk mendapatkan keperluan masing2.
Antara Pasaraya yg terdapat di pekan Satun adalah Makro dan Big C. Kami sempat singgah di Big C. Kebanyakan harga makanan lebih murah kalu nak dibandingkan dgn pasaraya di Malaysia.
Kastam dan imegresen di sempadan Wang Kelian tutup pada pukul 6ptg . So kalu nak balik makesure sampai situ sebelum tutup ya..
Alhamdulillah kami selamat sampai setelah 2 hari 1 malam disana.Kesimpulanya : sekiranya tujuan percutian anda hanyalah utk bersantai dan makan2 bersama maka sesuailah ke sini tapi kalu kalu nak bershopping anda bolehlah meneruskan perjalanan ke Hat Yai dan Songkla.