Followers

Saturday, November 22, 2014

French Toast yg cepat dan ringkas



Assalamualaikum,



Salah satu menu yg paling ringkas ,cepat dan sedap . Anak2 pon boleh buat sendiri. 
French toast ni asalnya dr negara Barat . Biasanya dibuat versi classic-rasa nya manis dimana ia akan dicampurkan dgn buah-buahan spt pisang ,strawberry , epal  serta dgn manisan spt madu. Dicampurkan dgn sedikit cinnamon powder. Sekarang dipelbagaikan kepada versi pedas -citarasa org2 Timur .Disertankan resepi ni
utk rujukan anak2 ibu nnt ya...


French Toast
Resepi :http://jomknitamasak.blogspot.com/

Bahan2
6 keping roti putih
2 biji telur A
1/3 cwn susu segar/cair
1 sudu besar sos cili
sedikit lada sulah
sedikit daun bawang dihiris halus / sedikit oregano
marjerin

Cara2nya

  1. Pukul telur dan susu
  2. Masukkan sos cili ,lada sulah dan oregano-sebatikan 
  3. Panas kuali , masukkkan sedikit marjerin 
  4. Celupkan roti dgn adunan telur tadi dan letakan atas kuali panas tadi alihkan bila garing.
  5. bolah dimakan begitu saja @ ditambah sos cili/mayonis

  ** garam  tak perlu sbb marjerin dah masin ya...ikut suka kalu perlu tambah.




Sunday, November 9, 2014

Siakap Bakar


Assalamualaikum,


Menu ni sesuai untuk makan tengahari. Seperti biasa ikan bakar ni digandingkan dgn air asam , ulam-ulaman nasi panas2 dan gulai tulang lembu. Simple je tapi en suami dan anak2 akak mmg enjoy sgt mkn tengahari tadi .Alhamdulillah . Biasanya akak selalu letak sambal je / + daun kunyit / daun limau tapi kali ni akak hirisan daun kaduk~ saja ja nak buat kelainan sikit . Kalu nak cuba, boleh semak resepi ni yer:

Siakap Bakar
Resepi : Kaknita

Bahan2 
1 Ekor Ikan Siakap -boleh gantikan dgn ikan lain

Dikisar
2 sb cili kisar  
1 sb jintan manis
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 btg serai
sedikit belacan
1 sk serbuk kunyit-kalu ada kunyit hidup lg bagus
satu mangkuk kecil air asam jawa
sedikit air

Dihiris
5-6 helai daun kaduk
1 biji bawang besar

2 sb minyak masak
Garam, gula, secukup rasa
semangkuk kecil santan
Daun Pisang-utk balut ikan ( ini yg buatkan ikan bakar tu wangi )

Cara2nya
  1. Ikan dibersihkan dan diketepikan.
  2. Tumiskan bahan2 dikisar sehingga  wangi , masukkan air asam 
  3. Biarkan  mendidih
  4. Perisakan dgn gula dan  garam 
  5. Masukan santan - biarkan shingga pekat dan keluar minyak dan siap.
  6. Lumurkan dgn sambal taburkan dgn hirisan daun kaduk dan bawang besar .
  7. Balutkan dgn daun pisang.
  8. Bakar didalam pemanggang ajaib sehingga masak.

Lumurkan dgn sambal taburkan  dgn hirisan daun kaduk

hirisan bawang besar


semerbak wangi didalam daun pisang

cakkk!

                                              Bismillahirrahnirrahim...

Wednesday, November 5, 2014

Tapai Pulut


Asssalamualaikum dan salam sejahtera ,



Minggu lepas suami akak request nak makan tapai . Dia dah belikan semua bahan2. Dah lama tak buat tapai ni risau jugak,takut tak menjadi tapi buat jugak ...bukan apa nnt merajuk pulak org tuuu...hehehe
Alhamdulillah menjadi . Manisss gitu-apalagi en suami tu ..sekali hadap 10pcs ler .
Tapai ni bukan saja sedap dimakan begitu saja , malahan ia juga sedap jika dimakan dgn aiskrim / dgn susu lembu . Klau nak rasa boleh try resepi kat bawa ni dan rasalah sendiri.
Bahan2nya pon tak banyak . Caranya pon simple sangat.

Tapai Pulut
Sumber; Dapurmamasya
Dikongsi oleh; kaknita

Bahan-bahannya
1/2 kg beras pulut - rendam 1 mlm
1/3 biji ragi-hancurkan/tumbuk halus
bekas yg secukupnya utk isi tapai@daun pisang/daun getah




Cara

  • Tapis dan kukus pulut.
  • Selepas seketika dlm 5 min,pulut dah agak keras...renjis dg air sejuk.kukus lagi hingga wapnya keluar dari tutup periuk.
  • Angkat dan masukkan dlm besen, siram air panas 1 cwn.kacau biarkan seketika.
  • Kukus semula sehingga asap keluar byk dr tepi tutup periuk....tanda pulut masak.
  • Sejukkan pulut...pastikan pulut betul sejuk sebelum langkah seterusnya.nanti tapai jadi merah(gambar no.1)
  • Hancurkan ragi ( gambar no.2)dan ayak ragi dgn penapis atas pulut. kacau rata(gambar no.3)
  • Bungkus tapai dg daun pisang atau daun getah (gambar no.5) atau isikan dlm bekas kecil.
  • Simpan/Peram tapai dlm bekas tertutup samada dlm periuk/bekas besar atau masukkan dlm bekas tupperware tertutup (gambar no 6)dan simpan dlm kotak.Jgn buka sehingga 2 mlm . barulah boleh makan....
ni pulak tapai dibalut dgn daun getah --beli punye..50sen/pc


Sunday, November 2, 2014

Jeruk Epal Asam Boi




Assalamualaikum ...


Jeruk ni mmg ada dimana2 sekarang ni kan.. meletop2di pasaran. Sejak mula lg keluar di FB ...akak mmg tak tahan tengok..ngencess gitu. Mangga segar kat gerai buah-buahan  tu pulak cepat jer habis. Setakat hari ni dah masuk 3 kali akak buat tp semuanya Epal hijau . Sedap tapi cili padi letak sikit cukup yer .. 


Jeruk Epal Asam Boi 
Resepi : fb -tak pasti tuan punya

Bahan2
4 biji Epal Hijau  ( nak kupas pon ok - tp akak tak kupas )
10- 15 biji Asam Boi
2 sb Gula 
3 biji Cili padi 

Cara2 nya
Buah dicuci dan dipotong . Masukkan buah bersama asam boi ,gula dan cili padi yang ditpotong halus. Biarkan didlm peti sejuk selama 4-5 jam.
Selamat Mencuba!