Suka memasak dan sentiasa mencuba resepi baru. Ingin berkongsi idea & bertukar2 resepi. Terima kasih kepada yang sudi singgah ya...
Followers
Thursday, April 16, 2026
Rendang Hijau Ayam
Rendang Ayam Tumis
Assalamualaikum wbt .
Pelbagai resepi rendang kaknita dah cuba. Ada yg ditumis ,ada yg letak semua sekali bahan xperlu ditumis don't an kacau hingga kering & terbit minyak . Lain negeri lain pulak caranya kan .
Semuanya sedap dgn cara tersendiri . Yg ni ditumis ya . Jom semak resepi dibawah :
DAGING 1 1/2 kg@Ayam 1 ekor 1.4-1.7 kg
minyak 1 cawan.
Tumiskan kulit kayu manis 5,
bunga lawang 6
bunga cengkih 7
biji pelaga 10
Sampai harum.
Pastu masukkan bahan kisaran
bawang putih 7 ,
bawang merah 12,
halia 3 inci,
lengkuas 3 inci,
serai 8 ,
6 biji buah keras
cili mesin 3 sudu besar yang telah dikisar ( jika tak nak pedas guna cili kering + cili merah)
Dah didih dan dah keluar minyak masukkan ayam.
Kacau lagi sampai separuh masak.
Kemudian
Masukkan serbuk jintan manis 2 sudu besar
Serbuk jintan putih 2 sudu besar,
serbuk ketumbar 2 sudu besar,
serbuk lada putih 1 sudu besar,
serbuk lada hitam 1/2 sudu besar,
garam kasar 1/2 sudu besar,
1 sudu besar gula ,
2 kiub ayam @serbuk perasa
1 biji buah pala
DAN
masukkan santan 500ml
Kacau semuanya dan sebatikan.
Bila rendang dah masak sepenuhnya masukkan kerisik 150gram @ 5-6 sudu besar dan gaul semuanya supaya sebati.( kerisik mesti guna 6-7 sudu besar penuh untuk resepi ini sebab warna rendang dipengaruhi oleh warna kerisik). ( beli kerisik warna koko gelap)
Kacau lagi sampai rendang kering dan bertukar warna. Nak warna gelap lebihkan kerisik dan kerisik tu mesti yg bewarna hitam@cokelat gelap@tua. Nak berkuah sikit Pon boleh xyah tunggu kering.
Dah siap dan boleh dihidangkan bersama ketupat palas atau lemang
Kredit to Fb: Ida shahida
Dikongsi oleh : jomknitamasak.blogspot.com
Friday, February 13, 2026
Kengsom Siakap & belimbing buluh
Assalamualaikum wbt
Biasanya bila buat kengsom org letak nenas tp sebab xdak nenas , kak Nita letak belimbing buluh . Ok sesuai sgt dgn masam, masin , Manis & pedas tu . Yg penting en suami & anak knita suka .
Kot nak cuba boleh try resepi ni ya:
Kengsom Ikan Siakap & belimbing buluh
1 ekor ikan Siakap ( dibersihkan / kalu nak potong Pon boleh tp knita suka sekoq2 camni)
Kangkung
Belimbing buluh
3 btg serai ( diketuk)
Garam , gula & serbuk perasa
Air secukup nya
Bhn kisar
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
5 biji cili kering ( boleh tambah cili padi kalu suka lebih )pedas
1 inci kunyit hidup
Cara2
1. Masukan serai ,bhn kisar & air
2. Bila mendidih masukan belimbing & ikan
3. Masukkan bhn perasa .
4 . Bila ikan dah masak & belimbing dah turun masamnya . Rasa semua dah cukup . Masukkan Kangkung & tutup api .
5 . Air tu ikut kepekatan yg kita suka . Mcm knita suka yg sedang2 . Xpekat or xcair sgt.
6. Hidangkan dgn nasi panas & telur Dadar. Inshaa Allah membuka selera.
Thursday, February 12, 2026
Jeruk belimbing buluh
Assalamualaikum,
Bila balik kg mertua mesti kutip belimbing ni . Sekali berbuah mmg byk . Siap berbagi jiran .
Selain dari letak dlm masakan , kak nita suka buat jeruk . Sedapp.
Resepi ni kaknita ambik dari fb tp xpasti sapa tuan punya resepi . Camnapon terima kasih ya sbb share ya.
1/2 kg belimbing yg siap dibersihkan
3 sb garam
7 Sb penuh gula
10 bj asam boi
5 Sb cuka
Cili padi ( kak Nita xletak)
Air suam
Ambik 1 bekas plastic yg bertutup dan masukkan garam dua sudu besar dan tuangkan air suam 500grm. Biarkan seharian untuk buang getah dan kurangkan rasa masam belimbing tu.
Lepas seharian buang air garam tu dan masukkan tujuh sudu gula, lima biji cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan sepuluh biji asam boi puteh (asamasin).
Kacau rata rata dan tuangkan air suam 500gm aja ye. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari baru boleh makan sebab nak bagi rasa asamboi meresap dlm belimbing. Lagi lama lagi sedap. SELAMAT MENCUBA.





