Assalamualaikum,
Salam Sabtu buat semua. Biasa la hari sabtu mmg best ...bole rehat2 dgn family .Bilarehat2 tu mesti la lapaqkan...? So,kalu xdak idea nak masak utk minum ptg nnt boleh la buat quiche ayam berkeju nih..mesti anak2 suka. Quiche ni kaknita buat minggu lepas.masa tu anak2 ada lg kat umah..Satu bekas ni sekejap jer habiss...
Quiche Ayam Berkeju
Sumber :terminalhijrah.blogspot
BAHAN BAHAN
125 g mentega sejuk, dipotong dadu
250 g tepung gandum
1 sudu teh air lemon
Air secukupnya
Intinya:
1 ketul isi ayam bahagian dada dicincang
1 bawang besar dipotong dadu kecil2
1 sudu besar rempah pes tom yam-knita xletak
2 sudu besar minyak masak
2 kepingan keju cheddar yang dipotong kecil2
KASTARD
3 biji telur
1 cawan susu
1/2 cawan krim putar
Sedikit garam
BAHAN TABUR
1 biji tomato dihiris bulat2
2 tangkai daun ketumbar dihiris halus-kaknita gantikan dgn daun bwg
Mixed herbs -knita tambah
CARA MEMBUATNYA
- Gaul dan ramas mentega dengan tepung dan air lemon sehingga menyerupai serbuk roti. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh. Tutup doh dengan plastik dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 1 jam
- Canai doh dan masukkan menutupi dasar loyang 8". Tutup dengan kertas timah dan bubuh kekacang di atasnya. Tujuan buat begini supaya doh cantik dan sekata.
- Bakar kosong didalam yang telah dipanaskan pada 180C. Setelah 20 minit angkat kertas timah dan kekacang tadi & ketepikan
- Untuk intinya : Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan
- Masukkan isi ayam dan lada hitam ,sedikit garam dan kacau2kan selama 2 minit. Sejukkan
- Untuk kastardnya : Pukul telur sehingga ringan. Masukkan susu, krim putar dan garam, pukul sehingga gebu & tapiskan
- Letakkan inti ayam ke dalam kulit pastri, taburkan keju dan tuangkan kastard sehingga penuh
- Susunkan hirisan tomato dibahagian atasnya, diikuti dengan hirisan daun bawang dan taburkan sedikit mixed herbs. Bakar selama 180C selama 25 minit atau sehingga nampak garing.
No comments:
Post a Comment