Followers

Sunday, February 14, 2021

Ikan Sumbat

 Assalamualaikum semua...


Di harap sihat semuanya . Dah lama kaknita xpost Kat sini. Terima kasih pd yg masih sudi singgah . 
Terpanggil utk kembali menulis .. moga2 dipermudahkan inshaa Allah . 

Sekadar utk rujukan anak2 , sapa saja yg singgah ke sini . 

Menu ni adalah menu favourite arwah tok kaknita dulu .  Tp dia guna ikan  terubuk dan bakar dgn kayu api ..Harum dan sedap sgt. 

Kali ni kaknita hanya gunakan ikan kembung je.

Ikan Sumbat Nyok 



Bhn2
6 ekor ikan kembung ( dibersihkan ,dibelah belakang dan dilumur garam kunyit)

Bhn ditumbuk
1 mangkuk  kecik nyok /kelapa parut
sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
1 sd kecik jintan manis
2 btg serai
1/2 sudu kecik jintan putih 
3-4 biji cili padi ( nak lebih pedas boleh tambah )
garam ,gula dan perasa secukupnya
selepas tumbuk masukkan sedikit hirisan daun kesum

Daun pandan /Daun Pisang utk balut 
( utk bsngkitkan aroma)
Sumbatkan bhn atas tu kedalam ikan dan balutkan dgn daun pandan .
panaskan sedikit minyak di dlm magic pan , letakkan ikan dan tutup sekejap . Bila dah masak sebelah ,alihkan . 
Siap . Inshaa Allah sedap dihidangkan bersama nasi panas2 bersama ulam & sambal belacan.