Pages

Friday, October 19, 2012

Sate Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Salam Jumaat buat semua...ni lah entry terpendam dan terperam sebab tak sempat nak update . Sate ni buat  masa  baru2 beli grill set aritu . Testing la konon...hehehe . Ok sangat ...sama macam bakar dgn arang . Yang berbezanya, ia  tak berasap dan boleh bakar kat dalam rumah . Sekali sekala kalu ada masa tu apa salahnya buat sendiri kannn...? Puas makan sbb boleh perap awal2  dan terasa rempah2 nya . Kuahnya pon boleh buat ikut selera sendiri. Resepi ni akak dapat dr Iresepi ~ Satay Ayam Samuri . Jom kita semak resepi nya...



Sate Ayam
Sumber : Iresepi
Dikongsi : Kaknita~jomknitamasak.blogspot.com

1 ekor ayam 2kg  (dibersihkan ,diambil isinya dan dipotong )
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir (ikut rasa -boleh kurangkan)
5 camca teh garam

Untuk kuah Satay Samuri
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering 
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa


Cara buat sate/satay Samuri
  1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri 
  2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
  3. Bakarkan  Satay Ayam samuri hingga Masak
  4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
  5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
  6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
  7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit

NOTA KAK NITA : kalu pakai electric grill set mudah je...boleh skip no 2 dan 4 . Letak je ayam tu dan alih2 je...

Cara membuat kuah
  1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
  2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
  3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
  4. Didihkan campuran tadi.
  5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
  6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
  7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
  8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala
Selamat mencuba!
Nah try secucuk !


Sunday, October 14, 2012

Masak Lemak Cili Padi Pegaga & Lobak Merah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 



Sihat ke semua? Sekejap je masa berjalan . Dua hari cuti pon tak terasa . Semalam akak ada balik kg, geram sangat tengok pucuk ulam-ulaman mak yg segar bugar tu..Antaranya daun pegaga, kacang kelisa@kacang botol , daun kesum dan cabai besar. Apa lg terus teringat nak buat itu dan ni...tapi sbb banyak sangat aktiviti ,akak sempat buat masak lemak cili padi pegaga bersama lobak merah ni shj .Makan bersama nasi panas, sambal belacan ,ulam kacang kelisa yg rrrrapuhhhh dan ikan kembung segarrr digoreng .Simple kann...bila buat macam ni anak2 yg kecik2 tu pon suka .Kalu tak jgn harap la nak makan ulam-ulaman ni. Resepi nya sama ja dgn masak lemak cili padi yg selalu kita buat tu ...akak amik kat sini


Sumber : Majalah Rasa
Waktu memasak : 10 minit
Saiz hidangan untuk : 2 orang


BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk pegaga ~ dibersihkan dan dibuang akarnya( kaknita potong sikit daunnya)
1/2 batang lobak merah diparut memanjang - kak nita tambah
5gm ikan bilis
1 batang serai l dititik
1 keping asam keping
750ml santan pekat
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
  1. Masukkan santan, bahan tumbuk, ikan bilis, serai dan asam keping ke dalam periuk. Didihkan dan kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan pucuk pegaga dan lobak merah dan kacau rata sehingga layu dan masak sempurna.
  3. Akhir sekali, perasakan secukupnya. Kacau seketika dan angkat.
  4. Sedia untuk dihidangkan.




Sunday, October 7, 2012

Mini Chicken Quiche


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Quiche ni akak buat semalam.Anak-anak akak mmg suka makan makanan yg simple cam ni .Puff pastri tu pon mmg dah lama kat peti ais.Mmg sesuai untuk "korbankan". Intinya pon senang ~ gunakan apa je yg ada kat peti ais . Walaupon dapat berbelas-belas  biji tapi jgn risau sekejap jer habis...
Resepi ni akak dapat dr Alongroz lagi.

Mini Chicken Quiche
Sumber : AlongRoz@HomeKreation
Adapted from: KKIda@1001Resipi

Along ubahsuai sedikit bahan2 & cara2 nya
Bilangan: 15 biji (2¼" diameter) quiches
BAHAN2:
Doh pastri (Kak Nita guna Puff Pastri (KAWAN),Along guna frozen Kawanku Roti Canai, KKIda pula guna kepingan roti biasa)
3 bj Telur
¼ cwn Susu Cair
3 keping Cheese* (resipi asal guna 1/3c grated cheese)
3 btg Sosej Ayam*(kak nita guna isi ayam yg didadu kecil)
1 bj Tomato *  (* cincang)
2 /3 biji kentang & bawang besar yg didadu kecil dan digoreng terlebih dahulu-kak nita tambah
1 bj Cili Merah/Hijau
Garam & Lada Hitam

CARA2:
  1. Potong pastri dgn gelas bersaiz sesuai utk lubang acuan muffin.
  2. Letakkan potongan pastri ke dlm tin muffin yg telah di minyakkan.
  3. Pukul telur dgn garfu & campurkan kesemua bhn2 yg lain.
  4. Sudukan ke dlm bekas pastri tadi & bakar 25 minit @ 190C.
  5. Tips dari Along: guna rak terbawah supaya pastri masak rangup.Hidangkan suam.






Saturday, October 6, 2012

Puding Kastad Jagung Berkuah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom memuding ! Akak ni mmg suka puding...tak kira lah puding apapon janji kurang manis sikit, mmg akak telan habisss gitu...hehehe. Senangkan ..tak yah nak kunyah lama -lama..apatah lg berkuah,sejuk dan nyaman pulak tuh.... subhanallah mmg nikmat sekali!.
Puding Kastard Jagung ni mmg tak menyusahkan langsung dan bahan2 nya pon senang jer...Akak dapat resepi ni dari Kak Zai. Tq Kak Zai walaupun sibuk dgn business keknya ,sempat lg share resepi yg best2.




Puding Kastad Jagung Berkuah
Sumber : Kak Zai ~Teratak Impian

Bahan2 Untuk Kastard 
1 cawan tpg kastard
2 cawan susu cair/susu segar + 2 cawan air 
3 sudu besar gula
1/2 tin jagung kremer dalam tin 

Cara cara
  1. Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk, kacau agar tepung kastad larut dalam susu.
  2. Panaskan dan sentiasa kacau hingga adunan semakin kental dan kelihatan letusan kecil dan adunan semakin berkilat.
  3. Tutup api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan

Bahan2 Untuk Kuah: 

1 tin susu cair
1 tin air(guna sukatan dr tin susu cair juga) 
5 sudu besar gula pasir/ikut kemanisan
1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara: 
  1. Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah dan tambahkan secubit garam. 
  2. Biarkan kuah mendidih. 
  3. Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk 
  4. Untuk menghidang masukkan kastard jagung dan kuah dlm mangkuk

Bagi yg rajin mengunyah boleh tambah buah-buahan koktail ker, peach pon ok ....