Pages

Thursday, September 27, 2012

Ayam Panggang Bermentega

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Petang tadi lepas keluar dr office akak terus jer balik rumah . Godek2 kat peti ais ada la ayam .
Jadi akak buat ni lah  utk makan malam tadi. Mmg senang dan cepat .Sesuai sangat utk ibu bekerja mcm akak nih.  Nak tau rahsianyaaaaa???
Hahaha...akak pakai alat panggang ajaib...alat ni mmg popular kat pasaran sekarang nih...Tapi yg besttt sangat tu ,mak akak yg hadiahkan ni ...Tima kasih bebanyak mak!!!
Kalu nak tengok rupa alat ni boleh klik sini.
Hishhhhh jgn tersilap pulakkkk akak bukannya nak jual alat ni,tapi akak nak share resepi ayam panggang yg simple nih ye...hehehe . kot2 la kalut esok , tak dan/tak dak masa  nak buat rendang , kerutup ke...bole juga buat ayam ni... kannnn.??


Ayam Panggang Bermentega
Sumber : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2
1/2 ekor ayam
2 sd besar mentega
garam
serbuk kunyit
lada sulah
2 sudu besar mayonis
sedikit serbuk perencah hilal @ gantikan dgn gula
bawang besar dibelah 4 - jika suka

Cara2nya

  1. Bersihkan ayam dan toskan
  2. Gaulkan ayam dengan garam & serbuk kunyit
  3. Letakkan dlm alat pemanggang tu biarkan selama 5 minit.
  4. Alihkan ayam tersebut dan masukkan mentega, lada sulah , mayonis dan perencah hilal secukupnya. 
  5. Biarkan garing kedua2 belah ( lebih kurang 20-25min)  -bawang boleh dimasukkan apabila ayam hampir masak.
  6. Siap untuk dihidangkan. 


No comments:

Post a Comment