Pages

Saturday, September 22, 2012

Mee Hoon Soto

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Soto adalah makanan yang berasal dari Johor. Ia adalah sup yg selalunya dimakan bersama nasi himpit /mee hoon/mee. Akak ni org utara ,tak pandai sangat nak buat kuahnya ni. Cuma dah banyak kali tengok dan makan yg  kak ipar(Kak Za-suaminya org Johor) buat . So ,kat situ lah akak  amik2 petua sikit-sikit.  Kalu Kak Za yg buat mmg perrghhh...sedapppp. Yg akak buat ni taklah sampai tahap tu lg  tapi insyaAllah boleh makan , boleh tambah jugak kotttt...ahakkks... apa2 pon cuba, try dan test dulu resepi yg kat bawah ni yerrr....


Mee Hoon Soto 
Sumber : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan A ~ untuk sup
1 bungkus Mee hoon -direndam dan direbus.
1/2 Ekor Ayam
2 sd besar jintan manis
1/2 sd besar jintan putih
1 sd besar lada hitam
2 biji buah keras
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Garam , Gula dan kiub pati ayam secukup rasa.
2 liter air . ( lebih kurang 11/2 jug )

Bahan B - untuk tumisan
Bunga cengkih,bunga lawang , kulit kayu manis , buah pelaga
Sedikit bawang merah dimayang halus
Sehelai Daun Pandan

Bahan C- bergedil
5 biji ubi kentang -dikupas , dipotong dan digoreng
1 biji bawang besar didadu kecil
2 sd besar daun sup & daun bawang di hiris
1sd teh jintan manis
1/2 sd teh lada hitam
1 biji bawang putih
sedikit daging /isi ayam didadu kecil
garam dan sedikit kiub ayam -secukup rasa
I biji telur

Bahan D - hiasan
Daun sup,daun bawang
Bawang goreng
Taugeh -dicelur
Isi ayam dari sup ditoskan dan digoreng seketika dan  dicarik2
Suun - digoreng
Bergedil

Cili Hitam- dikisar halus
10 biji -Cili padi
10 biji bawang putih - dikupas dan digoreng hingga sedikit kekuningan
garam,gula
sedikit perahan limau kasturi - 2 biji
kicap

Cara-caranya -Sup
  1. Ayam dibersihkan dan ditoskan . 
  2. Kisar halus bahan A kecuali ayam dan mee hoon.
  3. Tumiskan bahan B, masukkan bahan A yg dikisar tadi sehingga rempah2 tu naik wangi,pecah minyak.
  4. Masukan ayam -kacau sehingga ayam sedikit masak 
  5. Masuk air, garam ,gula , kiub pati ayam. Biarkan mendidih dan betul2 masak.
  6. Siap . boleh dihidangkan bersama mee hoon dan bahan2 hiasan .

Cara2-bergedil
  1. Gorengkan kentang. 
  2. Tumbuk halus jintan manis, lada hitam dan bawang putih
  3. Tumbuk juga ubi kentang yg digoreng tadi.
  4. Gaulkan semuanya -bahan C kecuali telur. 
  5. Bentukan bulat
  6. Kacau telur. 
  7. Celupkan kedalam telur dan goreng hingga kekuningan.
Selamat mencuba ya....

8 comments:

  1. Salam kak nita!!! sedapnyaaaaa soto!!! kita suke mee hoon soto :D sbb kita suke mee hoon tp nasi himpit pun suke jugak, mkn dgn bergedil alahaiiii mmg asyik tambah kuah ajerr lahhh nii hihihi

    ReplyDelete
  2. Wsalam Ika,
    Sama la kita Ika...tak pa nnt kalu Ika mai sini kak nita buat 2 periuk kuah...hehehe..

    ReplyDelete
  3. Tkasih, anda membantu saya lebih baik dlm bidang masakan. Nk fllw ye

    ReplyDelete
  4. Mak Wardah,
    Terima Kasih kembali atas kesudian singgah dan follow. Saya sekadar berkongsi resepi yg saya cuba....Alhamdulillah sekiranya ia membantu anda.

    ReplyDelete
  5. slm kak..QH suka jugak soto ni..plan raya haji ni nk masak mcm ni jugak..hehe

    ReplyDelete
  6. W/salam QH,

    Elok la tu..mmg sesuai utk open house nih.Jemput akak sekali tau...hehehe..

    ReplyDelete
  7. Salam kak nitaa... suka sgt2 makan mee hoon soto nihhh.. kalau mkn ngan nasi himpit tun slow sikit, kalau dpt ngan mee hoon ni mmg x sedor diri la makan bertambah. hehe.... pastu bergedil kene lebih ^^

    ReplyDelete
  8. W/Salam Tun...
    Samalah kita...kak nita mmg selalu buat lebih bergedil tu sbb anak2 pon suka terkam yd tu dulu...hehehe..

    ReplyDelete