Assalamualaikum..
Mood meroti datang lg minggu lepas. Walaupun tak larat sangat pada hari tu tp gagah buat juga. Agak lewat malam juga la mula pegang bahan2 ni sbb tunggu sosej yg dipesan tu sampai. Akhirnya dapat breakfast dgn roti ni ..Ternyata qualitinya belum mencapai tahap roti Gardenia dan sedikit hodoh rupanya tapiiiiii texturenya lembut dan gebu . So nak kena improve lg utk cantikkan rupa paras tu. Terima kasih kepada Liza dari Kelab Roti sbb sudi berkongsi resepi roti yg simple nih...
Roti Sosej
Sumber : By Liza Othman ( Kelab Roti)
500gm tpung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum
100gm gula kastor
40gm susu tepung
5gm bread improver
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
Cara-caranya
- Campur bahan kering dan masuk bahan cecair
- Uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
- Perap 30minit buang angin,,,
- Bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
- Sebelum bakar knita letak sebela sosej dan pipekan sos cili yg dicampurkan dgn sedikit oregano dan mayonis.
- Bakar suhu 180c -oven knita 160c
- Suhu bakar ikut jenis oven anda
No comments:
Post a Comment