Pertama kali cuba menu ni tapi tu la tak berjaya lg. Telurnya tak cantik dan kurang berjala...tapi udang nya mmg best . Apa-apa pon kena cuba lg pasni .
Sumber 1 : kak yatie
Sumber 2: kak nita-jomknitamasak.blogspot.com
Bahan-Bahan
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi-knita tak letak
sedikit lada hitam ditumbuk halus.
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng
Cara2:
- Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yg sama (yg ni Yatie guna minyak baru dlm 1/2 cawan cenggitu.
- Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala- kak nita skip yg ni -tu pasai telur tu tak berjala-kes nak cepat la konon.
- Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu danletak dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. Boleh juga guna kitchen towel. Bila dah sejuk bolehlah di lerai2kan dan satukan bersama udang tadi.
Saya memang fail bab telur tu... tak menjadi sarangnya... dah berapa kali cuba... frust ha hahaha.
ReplyDeleteKak Amie ,
ReplyDeletetu la masalah saya..nak kena praktis lg..hihi