Salah satu resepi tart nenas yg sedap dan tak memerlukan banyak bahan.Terima Kasih kak Noor Masri
kerana sudi berkongsi resepi ni. Buat sebelum puasa dan selepas raya.
Insyaallah , kalu ada kesempatan pasni kita share tat nenas version lain pulak yer .
sebelum dan selepas dibakar.
Sumber 1 : Maizana
Sumber 2 : Dapur Noor masri
Dikongsi oleh: Kak nita -jomknitamasak.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum Cap Sauh
625 g mentega (2 1/2 buku mentega) - tapi akak guna 500g mentega + 125 g majerin planta
4 kuning telur
1 putih telur
1/4 sudu teh garam halus
15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap
1 sudu teh esen vanilla
sket pewarna kuning ( kak nita tak letak)
1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu)
Sapuan:
1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati
Cara membuat:
- Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm mangkuk kecil, pukul sket.
- Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung.
- Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven)
Nota: Jika adunan keras yakni gulungan putus2 boleh lah tambah sket lg majerin/mentega sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut
No comments:
Post a Comment