Biskut ni kak nita buat sebelum raya hari tu .Mmg sedap dan rangup . Terima kasih Kak wan sbb sudi share resepi ni. Kami sekeluarga mmg sukakan cookies . Rupanya tak cantik tak pa, janji rasa tu sedapkannn .Bila buat sendiri ni kita boleh kurangkan gula sikit .
Kalu nak cuba jom kita semak resepi ni :
Biskut Cornflakes Crunch / Cornflakes Crunch Cookies
Sumber : Kak Wan
Dikongsi Oleh : Kaknita : jomknitamasak.blogspot.com
Bahan A
280gm mentega
180gm gula kaster
1/2 sudu teh vanila
2 biji telur B
Bahan B - di ayak
320gm tepung gandum / rose
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh emplex
Bahan C : 500gm cornflakes (di ramas sedikit)
Cara-cara :
- Pukul bahan A hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
- Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut. Rehatkan di dalam peti sejuk semalaman.(knita rehatkan 1-2 jam jer)
- Sudukan 1/2 sudu teh adunan dan gaulkan dengan cornflakes. Susun di dalam dulang pembakar dan jarakkan kerana biskut akan mengembang dan meleper.
- Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20 - 25 minit.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
sebelum dibakar
selepas dibakar
No comments:
Post a Comment