Pepagi tadi bila bukak jer fb , ternampaklah post Daging Dendeng Kak Ummi-huishhh cukup menawan kalbu . Bila check jer resepi , rasa macam tak cukup la pulak bahan2nya kat dapur tu ,maka terpaksa la tukaq buat masak lain la pulak...tapi masih copy-paste resepi Kak Ummi ..tq ya Kak Ummi.
Disebabkan ada banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan tadi maka post ni tertangguh sampai malam ni..Ok jom semak resepinya:
Daging Masak Hitam
Sumber : Majalah Mingguan WanitaSumber: Dapur MaDiHa, Kak Ummizaihadi
Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak
Cara
- Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
- Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk.
- Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering).
tengok tu Rafiq dah tak sabaq nak makan..
sedap pulak tgok..nnt nk cubalh
ReplyDeletezila norazila,
ReplyDeletetq sudi singgah. cubalah.