Sekali sekala minum petang dgn donut mmg best . Donut ni mmg lembut , makan pon laju .Satu adunan mmg habis petang tu jugak dan tak sempat nak tinggal sebiji pon utk R& D- nak test kelembutan tu tahan lama ke tak . Menurut kata Kak Nor walaupon sejuk donut ni kekal lembut , nnt la buat lg kita simpan satu biji ye utk test....Thanks for the recipe ya Kak Nor dan Kak Wan
DONUT KELEDEK OREN
resipi asal : K.Wan
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar butter
minyak
gula castor secukupnya
Cara-cara :
- Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
- Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
- Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit), gaul hingga membentuk sebiji doh.
- Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
- Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
- Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
- Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
- Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
- Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
- Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
- Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
- Angkat dan toskan.
- Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.
*boleh gantikan keledek oren dgn keledek biasa atau pun dgn kentang
* kaedah membentuk donut spt di atas akan menghasilkan donut yg lebih membulat/montoks dr menggunakan acuan penerap donut
*kerja2 membentuk pun lebih cepat siap berbanding menggunakan penerap yg mana kita perlu mencanai terlebih dahulu (lg pun doh yg diulang2 canai akan mengambil masa yg lebih lama utk naik)
**Satu kelebihan musim panas ni , adunan roti /donut cepat naik dan tak payah tunggu lama2
No comments:
Post a Comment