Pages

Sunday, September 16, 2012

Heavenly Milo Jelly

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bertemu lg kita di hari terakhir Syawal  ni... sekejap je... dan tak lupa juga akak nak ucapkan Selamat Hari Malaysia.Aktiviti menghadiri rumah terbuka pon dah berakhir walaupon tak semuanya dapat dipenuhi. Apa-apa pon terima kasih la kepada yg sudi menjemput akak dan kepada yg sudi mengunjungi umah akak ye...

Hari ni akak nak share resepi dr Alongroz yg cun dan sentiasa berkongsi resepi yg sedap2. Sejak dr keluar entry jelly ni , akak dah simpan resepi tapi setiap kali beli oreo , belum sempat buat oreo dah habisssss...bukan apa anak2 akak mmg sukakan biskut oreo . At last akak gantikan oreo tu dgn hirisan coklat kek. Ampun ya along...saya terkeluar sikit dr tajuk sebenar ...Anyway , resepi along ni mmg mantop...mmg kaya dengan kelemakan milonya  ,anak2 dan abahnya sekali pon suka.
Izinkan akak share kat sini ye Along...


Heavenly Milo Jelly.


Sumber resepi : AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 8" persegi ( kak nita pakai loyang panjang mcm gambar dibawah )
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis~ kak nita gantikan dgn hirisan choc cake.

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

2. Asingkan 2 cwn  ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.




5 comments:

  1. Salam kak :D dtg mlm2 lagi ehehe... Part paling best milo dia :D klu ada kuahnya lagi kita suke :D

    ReplyDelete
  2. W/Salam Ika,
    Aaaa.. Ika , kalu ada kuah custard sejuk2 tu boleh hirup sekali kan....

    ReplyDelete
  3. kak nita...cantiknya.... whoaaaa...teringin sudaaa...

    ReplyDelete
  4. Aslmkm. Yalah, bila dah masuk baru ingat mmg Along dah pernah datang sini dan nama "KakNita" tu mmg Along ingat cuma kat FB guna nama penuh jd tak perasan, maaf ya Nita. Supaya tak lupa lagi, nanti Along link blog ni kat blog Along ya.
    Wow, mmg cantik hasil tgn Nita tu. Good idea guna kek tu. TQ sudi mencuba.

    ReplyDelete
  5. Fnf...
    simple ni tapi sedap...


    W/Salam Along,
    Alhamdulillah , anak2 mmg suka & enjoy sangat makan jelly ni...
    Tq sekali lg utk Along!

    ReplyDelete