Pages

Thursday, March 22, 2012

Kek Pisang

Assalamualaikum ,

Akak pasti ramai dikalangan kita suka makan pisang. Macam-macam kuih muih tradisional yg menggunakan pisang , antaranya adalah lepat pisang , talam pisang, cekodok(jemput2 pisang), apom pisang ,kek pisang dan macam2 lg lah...
Hari ni akak nak share resepi & rupa kek pisang yg akak cuba dr blog  DJ. Terima kasih bebanyak DJ..resepi ni mmg menjadi ....sila layannnn.....




Kek Pisang Gebu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 cawan  tepung gandum (DJ guna 1 3/4 cawan tepung dan 1/4 cawan horlicks (akak gantikan dgn susu tepung)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 cawan pisang yang sudah dilecek
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 1/4 cawan susu cair atau susu segar
  • 4 biji telur gred B
  • 1 cawan gula kastor (-/+)
  • 1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
  • 100 ml minyak jagung atau mentega cair
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek dengan mentega.
  2. Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
  4. Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  5. Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan. 
  6. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.


No comments:

Post a Comment