Pages

Sunday, July 7, 2013

Blueberry Cheese Cake (baked)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Selamat berhari minggu dan bersantai bersama keluarga ya...Semakin hampir kita dgn Ramadan, akak pasti ramai yang dah buat persediaan menyambut bulan yg mulia ni . Hari ni akak nak share satu resepi cheese cake yang mudah .Akak dapat dr blog Alongroz.Terima  kasih Along! Bagi akak ini adalah antara resepi cheese cake yg mmg best dan mudah gitu ....
  
Sumber : AlongRoz@HomeKreation
Dikongsi oleh : Kak nita ~jomknitamasak.blogspot.com




Saiz 8½" round
BASE:
55g Butter - cairkan
130g Biskut Oatmeal - hancurkan -kaknita guna biskut marie coklat
Caranya
1. Campurkan kesemua & tekan ke dlm tin. Sejukkan dlm peti sejuk 30 min.

FILLING:
500g Cream cheese
30g Butter
120g Gula Kaster (kaknita letak 100g)
30g Tepung Jagung
250ml Whipping Cream
4 bj Telur - di pukul sedikit


TOPPING: ~alongroz-myresepi
1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
30ml Air
150g Blueberry pie filling( kaknita pakai yang tak berbiji)
Caranya :campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.


CARA2:

  1. Pukul cream cheese & butter sehingga sebati.
  2. Masukkan gula & tepung jagung.
  3. Masukkan cream & pukul sebati.
  4. Masukkan telur sedikit2 sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke atas base.
  6. Bakar 150C selama 1 jam secara steam bake ( lapiskan dulang tu dgn air).
  7. Sejukkan dalam oven & kemudian sejukkan dlm peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.
  8. Campurkan bahan2 topping & ratakan ke atas cheesecake.
  9. Sejukkan sehingga keras. 

12 comments:

  1. sedapnya kek ni akak pun dah lama tak buat esuk lusa nak kena buat jugak ni sbb dah terliur tengok yg ni

    ReplyDelete
  2. terliurnyaaa...tgk yg leleh2 tu lg wat perasaan bergeloraaaa

    ReplyDelete
  3. kak noor ...tq singgah....seronok tengok business kak noor ,semakin maju..

    ReplyDelete
  4. Cida....
    tq...leleh2 tu wajib ..kasi tempting seket..

    ReplyDelete
  5. Salam
    Kalau kita buat yg non baked tapi tak letak galatin takpe ke ?

    ReplyDelete
  6. Wsalam...
    boleh tapi texturenya tak cantik dan lembik.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Nak tnya, kita bake ni guna apa atas bawah ke?

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam Mira,
    akak guna api bawah saja.

    ReplyDelete
  9. Assalam puan.. Saya nak tanya.. Whipping cream tu.. Yg jenama anchor ye..

    ReplyDelete
  10. Bakar secara steam bake tu mcamana ye..t.kasih

    ReplyDelete
  11. hi selain mixer...boleh guna blender? Dan berapa lama nak blend ya?

    ReplyDelete