Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kuih Bakar Pandan @ Bengkang Pandan ni akak buat weekend hari tu tapi tak sempat nak update. Dulu2 mak selalu buat tapi tak pernahnya nak belajar .Sekarang ,bila dah tua2 ni teringin la pulak nak buat . Pastu sibuk la pulak cari resepi sana sini. Akhirnya jumpa la resepi ni dr Dapur CT Delima. Tima Kasih bebanyak CT. Bagi akak kuih bakar ni mmg simple dan sedap,sesuai utk breakfast /minum petang.
Kot2 teringin nak cuba ,sila semak resepi di bawah ni :
Sumber asal : MyR Joayee
sumber : Che CT, Kak Nita
Bahan-bahan : (untuk hidangan 6 orang)
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 can santan-450ml )
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan jika suka
Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan-bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu kecil minyak dalam loyang .
3. Panaskan loyang dalam oven. Bila minyak dah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan.
4. Bakar 180'C sampai brown atau garing - lebih kurang 50 minit
salam.. bestnyer kuih bakar. k.nor mmg stick dgn resipi kuih bakar ni dr dulu lg.. mmg sedap :)
ReplyDeleteSalam Nita. Best nya... rasa cam nak gi buat skrg ni juga. Dah lama tak buat.
ReplyDeleteW/Salam Kak Nor dan Along...
ReplyDeleteMmg best kan..nita pon nak buat lg nnt.
As'salam Nita
ReplyDeletemacam nak buat juga esok hehehe. resipi dari Joyee ni memang sedap, lembut, terima kasih sudi mencuba dan memanjangkan lagi diblog Nita :)
W/salam Kak CT,
ReplyDeleteTq jugak buat kak CT sbb sudi share & singgah disini ya...
Lawanya kejadian kuih bakar pandan tu... tentu harum baunya ye... salam kenal,follower 49
ReplyDeleteAmie ,
ReplyDeleteSalam kenal.
Terima kasih atas kesudian singgah & follow.