Followers

Saturday, February 25, 2017

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua...



Hari ni semua anak2 semua ada kat umah ..
Bersemangat sikit ibu nak masak special sikit.. ayam panggang ni la jd menu utama hari ni .
Pagi2 lg pi hantaq luqman ke kelas memandu .pastu singgah pasar beli bhn terus saja marinate.

Dkt2 kul 1 baru grill .
Alhamdulillah ,semua suka ....mkn sampai selesai sekoq ayam 2kgs.
Simple jer ,kalu nak cuba bole semak resepi ni :


Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
Sumber : dapur-mamasya
Sumber 2: kaknita
Bahan2 untuk (8-10 orang)
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- bakar 4 chicken leg/paha
Bahan-2 untuk make up ayam 
3 biji bawang besar - letak 2 biji bwg shj
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk
3 btg serai (kaknita tambah) 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran 
1 1/2 sudu teh garam halus 
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega


Cara-caranya
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.Kaknita masukkan sekali kentang dan carrot .  
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering


Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)


Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.





2 comments:

Anonymous said...

Wah bestnya ayam kenny roger. Boleh try buat ni. Salam kenal awak, sudi sudilah lawat blog saya http://cararesepi.blogspot.my/. Saya budak baru belajar blogspot. Kalau tak kisah masukkan lah blog saya dalam bloglist awak. Hihi

Kak Nita said...

Salam kenal ...tq sudi singgah ya..
Nnt saya kunjung balas..