Pages

Monday, October 3, 2016

Tilapia 3 Rasa

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah 1438 ,






Sekejapnya masa berlalu dah masuk tahun baru 1438 hijrah . Moga2 dgn kesempatan yg Allah kurniakan dpt dimanafaat oleh kita sebaiknya, Inshaa Allah.
Sempena cuti maal hijrah kali ni , kami tak kemana-mana. Cuma rehat kat rumah bersama anak2. Al maklum la , ada 2 org lg nak periksa SPM dan PT3.. terpaksalah simpan dulu plan bercuti..hihi.
Lauk ni masak utk lunch td ..biasa lah guna bhn-bhn yg ada kata peti ais tu jer..tak pegi pasar pon td.
Jom semak resepinya

Tilapia 3 Rasa

Bhnnya
1 ekor ikan tilapia merah - dibersihkan
 5 biji cili padi hijau
1 biji cili merah -
1 biji tomato besar
2 sb cili kering kisar
I biji limau nipis diambil jusnya
3 sb sos ikan
3 sb sos cili
3 ulas bwg putih
2 labu bwg besar
Sedikit halia
Garam , gula , sedikit kiub pati ikan bilis secukupnya.

Caranya
Ikan disapukan garam kunyit dan digoreng
Ketepikan
Sedikit bawang putih dan bawang besar di tumbuk , selebihnya didadu.
Tumiskan bwg yg ditumbuk sehingga wangi
Mskkan cili kisar . Kacau hingga pecah minyak.
Mskkan cili2 yg telah didadu.
Perasakan dgn garam , gula dan kiub pati ikan bilis, sos ikan , sos cili , air limau nipis .
Tambah sedikit air agar sedikit berkuah.
Biarkan mendidih .
Akhir sekali tuangkan keatas ikan yg telah siap digoreng td.