Pages

Thursday, June 23, 2016

Homemade Ice Cream Oreo


Assalamualaikum..



Ice cream ni anak2 yg request tapi bila dah siap , abah dan ibu pun pulun skali...hihi.
Jom semak resepi :


C&P dari :cikmatahariku

Bahan-bahan Buat Homemade Ice Cream Oreo

1 tin susu cair ( tak kira jenama apa pun, asalkan halal)
1 biji telur  (kali ni knita xletak telur)
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 cwn susu pekat ( atau 6-7 sudu atau ikut pilihan rasa manis masing-masing )
1 sudu besar ovalett
Satu paket kecil biksut oreo ( blend kasar atau hancurkan )

Cara Menyediakan Homemade Ice Cream Oreo

  1. Masukkan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mixer atau boleh juga guna blender.
  2. Putar semua bahan dalam 15-20 minit ( sehingga kembang).Kalau guna blender, hadkan putaran dalam 10 minit sekali putar.
  3. Tuang semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas ice cream yang disukai.Nak senang, guna bekas yang bertutup.
  4. Masukkan biskut oreo yang sudah dihancurkan tadi.Kacau bagi rata biskut oreo dengan bahan yang diputar tadi.
  5. Tutup bekas ice cream dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras, kemudian bolehlah dimakan.
Tips dan Panduan buat homemade ice cream oreo
Bagi sesiapa yang alergik dengan telur, resepi ice cream ini tetap sedap dan menjadi walaupun tidak diletakkan telur.Jadi, tak payah risau atau susah hati kalau ada anak-anak yang tak boleh makan telur.

Tuesday, June 7, 2016

Puding Sumi

Assalamualaikum...



Puding ni knita buat utk iftar 1st ramadan ...awai-awai ni rajin la lg ..haha.Kebetulan pulak semalam birthday en hubby. Nak buat kek tp dia kata xyah sbb puasa2 ni nak mkn yang sejuk2 ,lembik2 gitu katanya. Pastu tergerak la hati ni nak try buat puding ni..Nampak mcm mudah tp agak mencabar jugak nak menyusun sumi2 yg lembik dan licin tu..Idea nak menyusun kak nita refer dari blog kak wan manakala resepinya pulak kaknita rujuk resepi dari blog kak yati. Terima kasih bebanyak ya...kak wan dan kak yati...Alhamdulillah walaupon tak sekemas puding kak wan & kak yati  .. suami dan anak2 suka mkn ni.. Inshaa allah pasni kena buat lg dgn susunan yg lebih kemas dan cantik.Tak sempat nak ambil gambar bebanyak..sibuk nak berbuka la gitu..ni pon birthday boy tolong snap..

Puding Sumi
Sumber : kak yati

Bahan-Bahan:-

10 gm  serbuk agar-agar  (yang tak berwarna)
200 gm gula pasir
1 liter air
2 helai daun pandan, dicarik dan disimpul
4 sudu besar tepung kastard*
1 tin susu cair*(bhn bertanda *disatukan)
1 bungkus jelly sumi atau secukupnya ( kaknita pakai sumi nata de coco)
sedikit esen vanila
pewarna jika suka

Cara- Caranya

  • Buka setiap sumi dan toskan airnya. Susun sumi ke dalam acuan. Simpan ke dalam peti sejuk beku dahulu.
  • Dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan. Bukak api, masak sampai agar-agar dan gula hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
  • Masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan susu cair ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
  • Dah mendidih, tutup api, biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas acuan yang berisi sumi.
  • Kalau nak berwarna, tuangkan sedikit pewarna ke dalam bancuhan dan tuang ke dalam loyang.
  • Biarkan suam sedikit sebelum disimpan dalam peti selama 3 jam atau semalaman sebelum dihidang.


**Bila nak lapis adunan puding, biarkan beku sedikit, kelar2kan sikit permukaan barulah tuangkan adunan yg seterusnya supaya puding melekat cantik.

Sunday, June 5, 2016

Kerabu Taugeh & Kerang


Assalamualaikum dan Salam Ramadan ....



Ahlan Wa Sahlan Ramadan Al-Kareem...
Alhamdulillah ,kita masih berpeluang berpuasa lagi pada Ramadan kali ni. Moga2 amalan kita hari ni dan seterusnya akan lebih baik dari sebelumnya inshaa Allah..
Malam ni bermula lah Solat sunat tarawikh bagi Ramadan 1437 masihi. Bagi kaum wanita yang tak berpeluang berjemaah di Masjid maka bolehlah melakukannya secara sendirian dirumah .Boleh klik disini utk panduan.
Bagi ibu2 yang nak memberi semangat pada anak2 kecil utk berpuasa pastinya tercari2 menu kegemaran anak2 utk berbuka. tambahan pulak cuti sekolah ...pastinya meriah meja makan tu nanti..
Mcm kaknita ni anak2 mmg tak memilih .Alhamdulillah apa yg dihidang akan dijamah tanpa pembaziran . utk menu yg digandingkan dgn nasi putih , kerabu ni menjadi menu yg agak peberet bg kaknita. Contoh kat ni Kerabu taugeh dgn kerang .
Jom kita semak resepinya :

Kerabu Taugeh & Kerang
Sumber 1 :Che nom
Sumber 2 : Kak Nita
Jumlah Hidangan : 4 orang
Bahan-Bahan:

600 gram taugeh
6-7 tangkai daun selom, hiris nipis (knita xletak)
1 mangkuk isi kerang rebus
1 biji bawang besar, belah 6 dan hiris nipis
3 biji cili besar, hiris nipis
1 sudu kecil perahan air limau nipis

Bahan untuk kisar halus:
1/2 sudu besar lada hitam
1 genggam atau 1 mangkuk kecil ikan bilis
4 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat(knita letak 1/2 cwn )
3 biji cili padi + 1 biji cili besar
1 barang serai, ambil bahagian yang lembut sahaja
2 sudu besar kerisik
sedikit gula melaka (knita tambah)
2 sudu besar air bancuhan pekat air asam jawa

Cara Penyediaan:

  1. Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. Angkat dan toskan.
  2. Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
  3. Gaul bahan kisar halus bersama taugeh, daun selom, isi kerang rebus dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang :)