Nugget ayam adalah makanan segera yg sentiasa menjadi pilihan anak2 akak. Senang didapati dimana2 pasaraya , restoran makanan segera mahupun kedai runcit tapi kalu ada bahan dan masa ,apa salahnya kalu dibuat sendiri . Lebih fresh dan boleh ikut citarasa sendiri. Masa mula2 nampak resepi ni kat blog cikmanggis terus rasa tergoda. Alhamdulillah, hari ni mmg ada rezeki untuk buat dan rasa nugget nih...Mmg boleh sangatlah! Rangup diluar dan juicy didalamnya . Terima kasih ya cikmanggis . Izinkan kak nita share resepi ni ya....
Chicken Nugget / Nugget Ayam
Resepi Asal : makcikmanggis.blogspot.com
Dikongsi oleh : jomknitamasak.blogspot.comBahan-bahannya:
A
350 gm isi ayam -cincang.
1 biji telur.
1/3 cawan serbuk roti ~ kak nita guna serbuk roti putih (cik manggis guna serbuk roti (color kuning))
3 tbsp tepung serba guna.(sudah ada perisa)
1/2 tsp serbuk lada hitam.
2 ulas bawang putih-tumbuk halus.
1 tsp gula.( kak nita tak letak )
1 ketul kiub ayam -optional (akak letak 1/2 + sedikit garam)
B
Untuk salut:
2 biji telur-pukul sikit dengan garfu.
Tepung serbaguna secukupnya ( tepung ayam goreng).
Serbuk roti secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.
sebelum digoreng
Cara-caranya:
- Satukan bahan-bahan A kedalam mangkuk yang sesuai dan gaul hingga sebati agar menjadi doh yang lembut.
- Bentukkan bulat-bulat mengikut saiz yang dikehendaki.Tekan/ leperkan.Golekkan kedalam tepung serbaguna.
- Kemudian celupkan kedalam telur.
- Akhir sekali salutkan dengan serbuk roti hingga sekata.Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
- Tak perlu sejukkan dalam peti sejuk,boleh terus goreng hingga warna perang keemasan atau sehingga masak.
Semua nugget2 ni berjaya dihabiskan sebaik sahaja selesai sesi pengambaran...hahaha...
2 comments:
tepung tu jenama apa akak pakai
akak pakai jenama bestari.
Post a Comment