Pages

Saturday, April 28, 2012

Nasi Lemak Mentega

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Alhamdullillah dapat bertemu lg di.hari minggu yg tenang ni....Hari ni pepagi lg agak dah masak nasi lemak  yg kurang lemak , baekkk untuk kesihatan gitu! (yg sebenaqnya  stok santan tak dak dlm peti ais...hehaha)bersama sambal tumis sotong kering ,telur rebus dan timun.
Disebabkan jadual akak hari ni sungguh padat ,maka sarapan ni amat sesuaiiiii..kalu lambat sikit prepare lunch pon tak pa, tak mengantuk . harap2 segala yg dirancangkan hari ni akan berjalan lancar.

Nasi lemak yg menjadi sarapan popular dikalangan masyarakat Melayu ni mmg sedap yg mana bahan utama untuk resepinya ialah beras ,santan, daun pandan , garam ,bawang dan halia. Memandangkan ramai dikalangan kita kini sangat mementingkan kesihatan maka nasi lemak ni tak lah boleh dimakan selalu/ atau kalu nak makan selalu bolehlah  diubahsuai sedikit resepinya agar lemak tu dapat dikurangkankan.Ini terpulanglah kepada kehendak masing2.

Lama pula ceramah hari ni ye...ok la..kalu nak try nasi lemak simple ni ...ni la resepi nya:


Nasi Lemak Mentega

Bahan2nya
2 1/2 cawan beras beras
3 cawan air(ikut jenis beras -tambah qty air sekiranya perlu)
3 sd besar mentega (bole jg digantikan dgn minyak)
1 ulas bawang putih,    
2 ulas bawang merah
halia -sebesar ibu jari
sedikit garam
daun pandan
Kulit kayu manis , bunga cengkih ,bunga lawang.

Cara2nya
Basuh beras dan toskan. Bawang2 dan halia dihiris halus dan tumiskan bersama mentega,kulit kayu masis bunga cengkih, bunga lawang sehingga wangi.Masukkan semua bahan tumisan,beras ,daun pandan dan air  dalam periuk nasi  dan masak .
Mudahkan . Selamat mencuba.
hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda ya...Insyaallah ok!

      

Thursday, April 26, 2012

Gulai Ikan Sembilang

Assalamualaikum...

Dah makan malam ke semua? Lauk apa ya ? Kalu org Penang / Kedah ka mesti makan nasi dengan gulai.
Dari Kak Nita kecik2 lg mak dah ajaq makan gulai tapi akak tak pula rasa nak belajaq masak gulai.Bila dah kawin kena la pula masak bila rasa teringin nak makan. Habih tu ada saja masalah tak cukup yang tu ,yang ni...tapi bila selalu dok try2 ,tanya2 mak & mentua lama2 jd la gulai...hehehe...  Gulai ikan mmg menjadi favourite kami sekeluarga especially gulai yg tak bersantan digandingkan pulak dgn sambal belacan dan ulam-ulaman perghhhhh.......pasti menyelerakan .....


Kalu nak resepinya sila klik sini

Saturday, April 21, 2012

Kek Lapis Asam Manis

Assalamualaikum ,

Sekejap je dah hari Sabtu pulak....banyak lg keja yg tak siap ...tapi tak pa rehat dulu ye kita jamu mata dgn kek ni... pastu bila free bole la cuba. Dua tiga hari ni  asyik dok terliuq tengok kak Azlita Aziz dok melapis , jadi akak pon apa lg terus je buat kek lapis yg agak mudah sikit ~ Kek lapis Asam Manis. Rasanya mmg sedap tapi rupanya tak bole lawan Azlita Aziz atau Dayang Jack  lagi...tak pa akak akan CUBA lg lepaih ni!..wahhhh semangat gitu ...hahaha...



Kek Lapis Asam Manis

Sumber Resepi 1 : Dayang Jack
Sumber Resepi 2 : Azlita Aziz (Masam Manis)

Bahan-bahannya
2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
4 biji telur A (sejuk)
180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
4 sb susu pekat manis
1 sb ovalette
2 sb horlicks - optional
125 ml susu segar (sejuk)
1 sk esen vanilla
80 ml minyak jagung
kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning 

Cara-caranya

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit  tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). 
  6. Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  7. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong




Sunday, April 15, 2012

Karipap Pusing

Assalamualaikum,
Dah lama rasanya tak update blog ni kan...seminggu dah kot...biasalah dok menyibokkan diri dgn kerja, anak2 , balik kg...ahhhh alasannnn tuhhh.... !Tak mo lah...cakap apa2 lg.
Makan apa petang ni?
Kalu ada karipap pusing ke sedap jugak kan ...Hari ni akak nak share satu resepi karipap pusing yg akak dapat dari  Jurnal Alkiram atau kat rinnchan fotopages . Kalu tak sempat petang ni , pagi esok ke , petang esok pon boleh...hehehe.
Ni dia rupanya karipap yg akak buat  dan resepinya sekali ...




Karipap Pusing
Sumber Resipi : Jurnal Alkiram atau http://rinnchan.fotopages.com

Bahan2
Doh berminyak
150gm ( butter/marjerin+crisco/shortening)
300gm tepung gandum

Doh Biasa
700gm tepung gandum
1 sudu teh garam
air (anggaran dalam 2 cwn)

Cara2nya boleh rujuk step by step  kat sini

Inti bole ikut selera sendiri @ bole ikut sini
2 biji Keledek @ 4 biji kentang
1 biji bawang besar (didadu)
2 ulas bawabg putih (dicincang halus)
segengam udang kering, direndam .ditumbuk
3 sd besar serbuk kari
sedikit daun kari/daun bawang/daunsup
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya.

Cara2
Tumiskan bawang putih, masukkan rempah kari yg telah digaulkan dengan sedikit air . Biarkan sedikit garing  dan wangi. Masukkan udang , kacau, Masukkan ubi  dan air . Bila mendidih masukkan bawang besar. Biarkan sehingga kering & empuk.kemudian masukkan  daun sup dan angkat.

Sunday, April 8, 2012

Tiramisu

Assalamualaikum....

Hari ni ada tetamu istimewa nak mai rumah . Dok pikir nak masak apa, tetiba teringat dah lama tak buat tiramisu. Senang dan simple jer tiramisu ni. Semalam selepas selesai semua keja rumah akak  pon mula buat dan simpan kat peti ais. Pagi ni dah boleh hidang. ... tak dan tetamu nak sampai dah habis setengah...hehehe..
Resepi ni akak ambil dari MyResepi -umi e. Akak buat ni loyang 9" - guna 11/2 adunan.






Tiramisu
Sumber Resepi : MyResepi: Umi e

1/2 bungkus biskut marie coklat ( boleh juga guna  biskut tiramisu/sponge fingers/sponge cake)

250g cream cheese

250g whipping cream (akak guna jenama RICH)

150g gula (akak letak 30g sebab whipping akak dah manis)

setengah cawan susu + air (ini akak yg tambah resepi asal tak de) 

satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)

serbuk koko/coklat utk hiasan


Cara-cara


satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang. Pastu Masukkan  susu. Kacau sebati.

Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar

Setelah itu letakkan satu lapisan adunan cheese yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata.   

Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. 

Hias kan dengan taburan koko/coklat di atasnya ikut suka.

Monday, April 2, 2012

Fruits Flan Cake for Irfan's Birthday

Assalamualaikum....

Alhamdulillah ,pada 30hb. Mac 2012 , anak akak yg kedua -Irfan Wafiq Bin Mazlizan telah menyambut ulang tahun kelahirannya yg ke 11. Katanya harijadi kali ni dia nak makan kat McDonald je....so malam tu jugak kami satu family ke McD . Tapi rasa tak best pulak ...tak adil rasanya kalu tak buat kek utknya. So,bila check stok kat dapur -ada lah peach dalam tin , akak pon buatkan Fruits Flan Cake yg simple ni....

Ibu , Abah,abang Luqman , Balqis dan Rafiq  doakan moga2 Irfan akan berjaya dunia dan akhirat. Amin.




Kami sekeluarga mmg suka kek ni. Gabungan rasa buah-buahan ,cream dan sponge kek yg lembut dan spongy tu mmg menarik dan mengasyikkan gitu.... kalu nak cuba sila lah....
Resepi sponge kek ni akak amik dr blog Wendy...resepi asalnya adalah Orange Chiffon Cake - akak terjemahkan dlm bahasa Melayu ye....

Kek Span
Sumber resepi : wendyinkk.blogspot.com

Bhn A
115ml  jus oren (akak gantikan dgn syrup peach tu )
4 biji kuning telur
75ml minyak
100g gula kastor (akak letak 80g)
150g tepung gandum
1 sd teh baking powder
1sd teh parutan lemon (akak tak letak pon)

Bhn B (meringue)
4 biji putih telur
90g gula kastor (akak letak 80g)
1/8 sd teh krim tar tar

Bahan C ( akak buat sendiri- agak2 gitu....)
Untuk topping /hiasan
11/2 cawan whipping cream (jenama RICH)
Buah peach dlm tin - slice ikut kreativiti 
Ceri / Kiwi/ Strawberry -slice 
Hirisan badam - dibakar sampai rangup .

Cara2nya
Dari bahan A
Putarkan gula  & telur hingga kembang. 
Masukkan tepung yang telah diayak dgn baking powder diselang-selikan dgn syrup peach.
Akhir sekali masukkan minyak.Kacau sebati . Ketepikan .

Pukul bahan B sampai bertanduk.   

Masukkan bahan B  sedikit demi sedikit ke dlm A. Gaul  secara kaup balik sampai habis.
Masukkan kedam dulang pembakar tak perlu digriskan dulu sbb sponge kek selalunya tak melekat.
Pastu bakar dgn suhu 170-180 degree Celcious. 

Bila kek masak . Keluarkan dari dulang pembakar , biarkan sejuk. 
Sementara tu pukul whipping cream sampai bertanduk . Letak dalam peti ais dulu.

Bila kek dah sejuk , potong kek kepada dua bahagian. 
Sapukan sedikit syrup peach tadi atas lapisan pertama diikuti dengan krim tadi , ratakan dan taburkan sedikit peach yg didadukan . Letakan lapisan kedua kek dan sapukan krim keseluruh kek . letakkan badam disekeliling kek dan hiaskan dgn buah -buahan diatasnya. Siap....pastu sejukkan dalam peti ais semalaman. Esokya pasti sedappppp......dan sedia dihidangkan...

Sunday, April 1, 2012

Fettucine Bolognese

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Minggu ni semua anak2 akak ada dirumah. Seronok sungguh dapat masak dan makan reramai satu family sambil gelak2,sembang2...macam2 cerita dapat dikongsi....tapi org tua2 kata tak boleh cakap2 masa makan kannn? Petua tu sebenarnya ada juga kebaikan dan keburukannya . Antara kebaikannya makanan tu dapat dimakan dengan sempurna dan cepat. Keburukannya pula nnt bila bercakap2 mungkin akan tercekik la gitu pulak...hehehe...Apa-apa pon yg penting pandai2 la kita nak mengamalkannya ikut kesesuaian dgn cara hidup kita. Zaman sekarang ni waktu makan tu la yg kita dapat berkumpul ,bersembang dan sebagainya .
Salah satu  makanan yg direquest oleh anak2 tu adalah Fettucini Bolognese. Pasta ni mmg tak pedas sesuai untuk budak2. Simple dan cepat....



Fettucini Bolognese 
Sumber resepi : akak sendiri yg campak- mencampak

Bahan2nya
1/2 pack fettucine ( kalu nak spaghetti/macaroni pon boleh ye...)
1 tin tomato soup Campbell's ( 320g)
2 ketul isi  dada ayam - didadu ( kalu nak letak seafood/beef / tuna pon boleh ye ...)
1 biji Bawang besar -didadu
1 biji bawang putih -dicincang
1/2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh lada sulah
garam,gula dan kiub pati ayam knorr-secukup rasa
1 sudu makan sos cili
1/2 cawan air

Cara2ya:
Fettucini direbus dengan air (1/2 periuk)+ sedikit minyak  sehingga empuk. Dibasuh dan ditoskan  dan biarkan sejuk.
Kuah :
Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan , masukan bawang besar , ayam -kacau sebati .
Masukkan tomato soup, garam ,gula,kiub ayam dan sos cili dan air. Biarkan mendidih dan pekat.
Jangan lupa ...rasa dulu kalu cukup rasa ...barulah angkat dan hidangkan...
Selamat mencuba!!!!.