Followers

Friday, May 22, 2015

Mieng Kham

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


 Mieng Kham adalah hidangan pembuka selera yang berasal dari negara Thailand. Kombinasi rasa masam , manis dan lemak mmg sgt membuka selera . Kak nita boleh makan berhelai2 daun ni ...sama juga dgn En suami dan Luqman . Kuah ringkas ni adalah percubaan pertama yang dapat dr blog
permatahatimy.Terdapat pelbagai resepi kuah kalu digoggle , cthny dlm blogcikmanggis. Nnt len kali kita cuba resepi kuah yg lain pula ye...


Mieng Kham 
Sumber 1:permatahatimy
Sumber 2 : cikmanggis

Bahan-bahannya:(Filling)

Cili padi-potong kecik.
Kacang tanah-goreng tanpa minyak.
Isi kelapa (warna merah dan putih tu ada  jual dikedai)
Halia muda-potong kecik.
Limau kasturi-potong kecik-dengan kulitnya.
Bawang merah-cincang (Cm guna bawang besar)
Udang kering-goreng tanpa minyak.

Bhn2 Kuah 


2-3 ketul gula kabung
1 mug air
2 bawang putih - tumbuk tak perlu hancur
3 bawang merah- tumbuk tak perlu hancur
1 serai - ketuk
3-7 sudu makan sos ikan (ikut suka)
3 sudu gula pasir
sedikit tepung jagung -knita tambah
*** masak dengan api kecil sehingga pekat dan bawang bertukar warna jernih seperti halwa. Kalau menggunakan api kuat, berjaga-jaga sebab kuah akan meruap. Jika kuah menjadi pekat apabila sejuk, tambah sahaja dengan air panas.
Saya suka aroma ketika memasak kuah mieng kham.


Bila siap diisi bahannya lipat mcm kita lipat sireh tu , pastu ngap ..jgn lupa bismillah tau..



RM 1 seikat ni

Monday, May 18, 2015

Keropok Bayam


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Sesekali dapat makan keropok bayam camni best jugak . Kak nita ni kalu nampak bayam yg segar2 kat market tu selalu la jugak beli utk buat keropok. Makan sambil tengok movie confirm licin . Cara nak buat pon senang . Lagipon pon bayam mempunyai kandungan nutrisi  yang tiggi antaranya adalah sumber vitamin A dan K,  folat, magnesium, serat, kalsium dan protein serta rendah kalori. Jom kita semak resepi kat bawah ni:


Keropok Bayam 
Sumber resepi : kaknita- jonknitamasak.blogspot,com

Bahan2 
Daun bayam secukupnya ( dibersihkan )
1/2 cwnTepung ayam goreng ayam bestari
1 cwn tepung ubi
sedikit serbuk perencah hilal ( kalu suka)/  blenderkan sedikit ikan bilis( sebagai perisa)
air secukupnya-agak2 bila dicelup ia bersalut elok di daun tu.

Cara2nya

  1. Bancuhkan semua bahan2 diatas hingga sebati 
  2. Rasa kalu perlu tambah garam / lada sulah( tapi kalu tepung bestari ni mmg dah cukup masinnya) 
  3. Panaskan minyak  dan goreng hingga garing. 
  4. Angkat dan toskan
  5. Bolehlah dihidang bersama sos cili Thai.







Saturday, May 9, 2015

Jejalan Ke Satun, Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kali ni kak nita nak share percutian budget kami ke Satun . Ia  adalah  wilayah yg terletak di selatanThailand. Kami kesana dgn kenderaan sendiri berpandukan peta dan petua2 diblog dan rakan2 suami yg pernah ke sana. Prosedurnya sama seperti yang kaknita share sebelum ni di sini.
Kami masuk melalui Wang Kelian dan mengambil masa kira2 1.30jam untuk sampai ke Satun . Tempat pertama yg kami tuju adalah Pak Bara Beach  . Cantik pemandangannya .







Majoriti penduduk di sini adalah beragama islam . Terdapat banyak masjid dan tempat makan halal.Tak lah risau sangat.





Sedap pulut ayam ni ...50sen pulut dan aym pula ikut size ..yg ni lebih kurang RM2.50


Hidangan utama yg dicari oleh En Suami ialah Kerabu Telur Belangkas( first time akak makan )dan menu2 lain adalah menu biasa spt tomyam campur dan  nasi . Harga makanan disini ok la tapi ada lagi satu tempat makan yg menarik dan patut dikunjungi iaitu di Tanyong Pao. Tempatnya agak jauh dipendalaman . Alhandulillah hidangan tengahari kata sini cukup menyelarakan tambahan pula makan dibawah pondok ditepian pantai dgn angin yg menderu-deru. Bertambah2 kami makan hinggakan tak sempat nak amik gambar haha...

Pantai Tanyong Pao

Restoran ditepi laut di Tanyong Pao

memilih menu sambil menunggu tempat kosong .
             
   





Nasib baik ada tempat penginapan . Tempat yg dicadangkan oleh kawan2 tu semuanya penuh maklumlah ramai yg bercuti .Chalet ni sederhana saja harga pon RM70/night.
Kami sempat juga berbbq pd mlm nya dgn menyewa alat2 utk berbbq dgn harga RM15.
Bahan2 mentah spt udang, siakap sotong dan bahan2 memasak tu kami beli semasa singgah di pasar pagi di Langu.Rata2 peniaga disitu adalah muslimah.

menyedut udara segar diSweet Garden..mmg sweettt lahh!
Dua beradik yg xpenah berenggang
           

Tandas di Sweet Garden

Jeti Tamalang
Bot kecil ke Pulau Tamalang

Berjalan2 di Pulau Tamalang

Dari Jeti , En Suami bersama anak2 lelaki menaiki bot ke Pulau Tamalang sementara akak dan Balqis menunggu di Jeti ( takut nak nek bot kecik punye pasaii..hihi)  . Pulau ni adalah sebuah perkampungan yang agak mundur dan penduduknya selalu berulang alik ke seberang sini untuk mendapatkan keperluan masing2.

Antara Pasaraya yg terdapat di pekan Satun adalah Makro  dan Big C. Kami sempat singgah di Big C. Kebanyakan harga makanan lebih murah kalu nak dibandingkan dgn pasaraya di Malaysia.

Kastam dan imegresen di sempadan Wang Kelian tutup pada pukul 6ptg . So kalu nak balik makesure sampai situ sebelum tutup ya..

Alhamdulillah kami selamat sampai setelah 2 hari 1 malam disana.Kesimpulanya : sekiranya tujuan percutian anda hanyalah utk bersantai dan makan2 bersama maka sesuailah ke sini tapi kalu kalu nak bershopping anda bolehlah meneruskan perjalanan ke Hat Yai dan Songkla.

Friday, May 1, 2015

Puding Triffle


Assalamualaikum dan salam sejahtera,




Alhamdulillah bertemu lg di pagi Jumaat yg mulia ni setelah sekian lama menyepi dek masalah kesihatan lappy kesayangan akak ni. Sekarang dah kembali spt biasa . Ni adalah antara resepi2 yang terkumpul . Puding ni mempunyai tiga lapisan utama iaitu kek , custard dan jelly beserta buah buahan campuran .Disamping itu boleh dikayakan lg rasanya dgn tambahan creamcheese / yogurt bergantung pada kehendak masing2 . Utk resepi ni mmg kurang manis dan laju la masuk tekak gitu...


Puding Triffle

Sumber 1:lyalyana.wordpress.com
Sumber 2: kaknita
BAHAN-BAHAN UNTUK TRIFFLE :

1 buku Swiss Roll  (atau apa2 perisa pon boleh) dipotong 12 bahagian – (ikut saiz bekas)-knita letak kek span vanila .
3 sudu Tepung Kastard
1 tin Susu Cair
1 tin Air
2.5 sudu besar Gula (saya pakai sugar brown)
1 paket Kristal Jelly Nona perisa Strawberi/ Rasberi / apa2 perisa pon boleh
400ml Air (untuk masak Kristal Jelly)- knita letak 700ml air
Buah Peach dalam tin (asingkan buah peach dan air dia dari dalam tin),Strawberi dan Anggur-utk gambar kat sini knita hanya letak peach & laici jer..
50gm cream cheese +30gm whipping cream +20gm susu cair-knita tambah

CARA2:

1) Potong kan swiss roll seperti dibawah ni, dan susunkan dalam bekas.
2) Penyediaan custard [BAHAGIAN PENTING!]

Masukkan 1 tin susu cair dan satu tin air (gunakan tin susu tadi) ke dalam periuk.
Masukkan secubit garam, 2.5 sudu besar brown sugar, 3 sudu besar (membukit) tepung kastard. Kemudian kacau kan sebentar adunan tadi sehingga smua bahan sebati.
Selepas itu, barulah kita masakkan di atas dapur dgn api yg paling perlahan.
Kacau custard jgn biarkan tepung mendak di dasar/ tepung menjadi berketul.
Kacau sehingga custard pekat dan likat. [TIPS: untuk mengetahui custard sudah masak : Warna custard akn berubah sedikit menjadi kuning cair  ] .
Masak custard lebeh kurang 5-10 minit sehingga custard menggelegak ( kuar blurp blurp, meletop gituh ). Sikit saja letup, dan tandanya custard sudah masak.
Tutup api laju-laju, dan biarkan ketepikan sebentar.

3) Renjiskan sedikit air buah peach dlm tin tuh ke atas swiss roll , nak bagi lembap jer (Perhatian! jgn letak sampai banjir kek tuh tau! nnti custard tenggelam!).

**optional-kaknita tambah
50gm cream cheese + 30gm whipping cream +20gm susu cair -kacau sebati . Letakan diatas kek yg telah direnjis dgn air buah tadi.

4) Letakkan custard keatas lapisan swiss roll tadi, ketinggian custard lebeh kurang 1 inchi. Jgn tebal2 coz nanti rasa x balance.

5) Susun buah peach tadi keatas custard. Stlh selesai biarkan seketika.

6) Sementara itu, kite sediakan  lapisan JELLY. Masukkan 1 paket serbuk jelly ke dalam periuk bersama 400 ml air. Then masak atas dapur smpai jelly hancur dan menggelegak. Then leh tutup api. Biarkan dia suam.*** knita lebihkan air supaya jelly tu lembut dan senang je nak telan...

7) Ok kite pergi kat triffle kita tadi, boleh la susun buah anggur atas peach tadi, then after that letak stoberi. Selepas itu, lapisan paling atas, curah kn Jelly yg telah dimasak tadi keatas triffle kita. Jgn letak byk2, just nice saja, sekadar menutupi buah2 kita.hikhikhik. Then Siap! Boleh tunggu trifle kite sejuk dolu, then baru letak dlm fridge! Then boleh la bawak p opis hihii...@ boleh letak bekas kecik2 cam kat bawah ni utk majlis /jamuan.