Followers

Monday, October 13, 2014

Udang Goreng Mentega

Assalamaualaikum dan salam sejahtera,


Pertama kali cuba menu ni tapi tu la tak berjaya lg. Telurnya tak cantik dan kurang berjala...tapi udang nya mmg best . Apa-apa pon kena cuba lg pasni .


Udang Goreng Mentega 
Sumber 1 : kak yatie
Sumber 2: kak nita-jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-Bahan
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi-knita tak letak
sedikit lada hitam ditumbuk halus.
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:

  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yg sama (yg ni Yatie guna minyak baru dlm 1/2 cawan cenggitu. 
  3. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala- kak nita skip yg ni -tu pasai telur tu tak berjala-kes nak cepat la konon.
  4. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu danletak dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. Boleh juga guna kitchen towel. Bila dah sejuk bolehlah di lerai2kan dan satukan bersama udang tadi.

Sunday, October 12, 2014

Chicken Pizza


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kali ni  dohnya sama dgn yang sebelum ni dalam entry kat sini manakala toppingnya pulak akak guna lebihan kuah spaghetti bolognese. Disebabkan sos spaghetti ni hanya cukup utk satu large pizza jer, maka lebihan doh ni kaknita jadikan donat. 
Untuk topping -boleh semak resepi kat bawah ni:

Topping:
Mozarella Cheese secukupnya
Sos pizza
1 tin tomato soup Campbell's ( 320g)
2 ketul isi  dada ayam - didadu ( kalu nak letak seafood/beef / tuna pon boleh ye ...)
1 biji Bawang besar -didadu
1 biji bawang putih -dicincang
1/2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh lada sulah
garam,gula dan kiub pati ayam knorr-secukup rasa
1 sudu makan sos cili
1/2 cawan air


  1. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan , masukan bawang besar , ayam -kacau sebati .
  2. Masukkan tomato soup, garam ,gula,kiub ayam dan sos cili dan air. Biarkan mendidih dan pekat.
  3. Jangan lupa ...rasa dulu kalu cukup rasa ...barulah diangkat.
  4. Ratakan diatas doh Pizza tadi dan taburkan mozarella cheese diatas sos
  5. Bakar selama 30-40 min pada suhu 150'C @ ikut kesesuaian suhu oven masing
Selamat mencuba

Friday, October 3, 2014

Karipap Roti


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Selamat menyambut Aidiladha buat semua.. Kak nita  dah mula bercuti hari ni .Mcm2 plan utk hari ni tp sebelum kak nita share resepi yg simple tapi sedap ni.Inti karipap ni boleh buat awal2 pastu simpan peti ais . Bila nak makan kepit jer ngan roti pastu goreng....pasti nya rangup dan sedap tapi kena makan panas2 ya....tak payah nak risau pasal kulit karipap berjerawat ka, tenganga ka..@ apa2 lah . Kak nita dapt resepi dari blog kak noor . Terima kasih na kak noor....Jom semak resepi ni:





Karipap Roti

Sumber 1:  kak noor
Sumber 2 : kak nita-jomknitamasak.blogspot .com

BAHAN NYA
Beberapa keping roti
Secukupnya telur putih untuk melekatkan ( kak nita letak tepung gandum campur sedikit air)
Inti karipap secukupnya

CARA NYA

  1. Kukus roti lebihkurang 1 minit, kemudian gelekkan biar nipis.(kaknita tak kukus pon terus gelek jer...)
  2. Apabila kita kukus roti akan jadi lebih senang di gelek dan lebih nipis berbanding roti tanpa kukus.
  3. Letakkan inti karipap di atas roti, tutupkan dan potonglah tepi2 roti yg keras dan kepitkan dengan garpu.
  4. Ikut resepi Reen dia guna acuan karipap untuk buat karipap roti, tapi akak kat Uk ni takde acuan jadi pikir punya pikir guna pisau dan garpu je.(kak nita guna acuan karipap)
  5. Kak nita  gamkan dgn campuran tepung dan air ,pastu goreng  dgn api sederhana .  
  6. Jadi sesiapa yang teringin boleh lah buat resepi mudah ni hanya guna roti je untuk kulit karipap dan     sangat sedap dan  ranggup.


sebelum goreng

Untuk intinya boleh tengok sini