Followers

Sunday, June 22, 2014

Pau Coklat


Assalamualaikum,


Percubaan pertama akak utk buat kuih pau.Alhamdulillah , mmg gebuss!Kali ni buat inti coklat. InsyaAllah
lain kali nak pelbagaikan intinya pula. Kelemahan inti coklat ni ialah coklat tu akan mengeras bila sejuk sbb tu la kat kedai tu Pau Madura tu sentiasa dalam kukusan . Yang penting pau tu lembut , gebuss dan putih .Terima kasih Izah sbb share resipi ni ya.


PAU
sumber1 : kak Yani@myR
sumber 2:izahdaut.blogspot.com
sumber 3:kaknita-jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan ( 8 biji )-knita buat kecik sikit ,so dapatlah 9 biji

300g tepung gandum *saya letak 1/2 tepung pau (knita letak tepung hongkong-semua)
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur


Cara-cara


  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
  10. Saya letak inti krim coklat . (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
  11. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  12. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.


5 comments:

Anonymous said...

kalau tak letak lemak sayur boleh ke?

Kak Nita said...

Bole je , gantikan dgn marjerin tp pau akan jd sikit kekuningan . Xjadi putih melepak mcm gambar tu..

Kak Nita said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

klo letak coklat beryl's tu blh tak?

Kak Nita said...

Boleh ja..tp kena cairkan sikit ,kalu tak nnt dia keras dlm tu