Followers

Sunday, July 28, 2013

Ikan Kembong Sumbat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alhamdulillah ,hari ni dah masuk 19 Ramadan ya...mmg pantas masa berlalu . Moga2 kita dikurniakan kesihatan yang lebih baik untuk menempuh hari2 yang seterusnya insyaAllah.

Ini adalah antara lauk utk iftar semalam. Dah fening2 dok pikiaq nak masak apa....at last ,yg ni yg tersembul dikotak fikiran..bila tanya anak2 depa pon kata ok ..maka jd la lauk ni. Antara lain yg dihidangkan bersama lauk ni ialah kerabu daun selom,masak lemak telur dan hidangan sampingan - Chicken Pizza  .
Walaupon tak banyak tapi cukup utk kami anak beranak ....alhamdulillah. 

Jom kita semak resepinya~kot2 la boleh dijadikan idea untuk berbuka nnt. 


Ikan Kembong Sumbat
Resepi : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2
6 ekor ikan kembong /Ikan Cencaru/Ikan Terubuk
(dibelah belakang dan dibersihkan)
Garam
serbuk kunyit
air asam jawa secukupnya
Gula secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Sambal
Bahan2 dikisar
15 biji cili kering (dipotong2 ,direbus dan dibuang bijinya)  
4 biji bawang putih
1-2 biji bawang besar (tengok size)
3 btg serai
1 sd makan jintan manis
1 inci belacan
sedikit air


Cara2nya
  1. Lumurkan garam dan sebuk kunyit pd ikan yg telah dibersihkan.
  2. Tumiskan bahan2 yang dikisar .
  3. Masukkan garam ,gula ,air asam jawa dan serbuk perasa . Kacau sebati.
  4. Biarkan mendidih ,betul2 masak ,pekat dan kering macam gambar diatas.
  5. Bila sambal dah siap maka bolehlan disumbatkan kedalam ikan.
  6. Digoreng dgn api sederhana. Untuk mengelakan risiko melekat ,gorenglah dgn menggunakan non stick pan ya...
  7. Boleh semak step2 kat bawah ni ya..



Dah siap!
Selamat mencuba !

Wednesday, July 17, 2013

Tepung Bungkus



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sekejap jer dah masuk hari ke 8 kita berpuasa tapi sekali  pon tak sempat nak singgah Bazar Ramadan lg.
Maklumlah bila sampai  jer  kat situ parking pon tak dak , org pula ramai sangat....terus jadi letih dan balik rumah. Kekadang beli jer lauk kat tempat kerja atau balik masak apa2 yg simple dan cepat.

Kuih tepung bungkus ni akak buat sebelum puasa lg . Saja teringin nak makan ,kebetulan pula masa balik kg tu mak ada bg daun pisang dan kelapa . Ni la kali pertama akak cuba. Mmg senang kalu ikut resepi bdaria ni.   Rasa lemak ,manis ,masinnya mmg seimbang .Terima kasih  bdaria.
Kalu ada daun pisang kat belakang umah tu apa salahnya cuba buat utk berbuka nnt. Jom kita semak resepinya :


TEPUNG BUNGKUS
Sumber : Jurnal resepi bdaria
Dikongsi oleh :kaknita~jomknitamasak.blogspot.com
(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)
1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cara memasak bahan A

  1. Potong gula merah menjadi ketulan kecil
  2. Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
  3. masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
  4. ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  5. Tutup api dan sejukkan inti anda

Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.

Langkah 2
Bahan B

  1. 200gm tepung pulut
  2. 150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B

  1. Masukkan tepung pulut dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
  3. Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
  4. Buat sampai habis dan ketepikan.

Langkah 3
Bahan C
2 pelepah daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.

Langkah 4
Bahan D

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air
Cara-cara memasak bahan D

  1. Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
  2. Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sampai keras sangat.

CARA-CARA MEMBUNGKUS

  1. Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
  2. Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
  3. Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
  4. Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
  5. Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.

Sunday, July 14, 2013

Daging Masak Hitam

Assalamualikum dan Salam Ramadan...


Alhamdulillah dah masuk 5 hari kita berpuasa, harap2 semuanya sihat dan dapat mengharungi  bulan ni dgn sebaiknya,insyaAllah. Sepanjang Ramadan ni, waktu persekolahan anak disingkatkan tapi waktu kerja akak dan suami tetap  seperti biasa. Aktiviti masak-memasak utk berbuka agak terhad, kekadang buat 1 jenis lauk dan nasi ,yg lelain tu beli jer....Weekend macam ni baru masak apa2 yg diminta oleh anak2 tapi semuanya tak lah cerewet sangat dan tak perlu banyak2 menu .
Daging Masak Hitam ni adalah salah satu menu dalam juadah iftar semalam. Simple dan sedap insyaAllah.
Kot2 nak cuba ,sila semak resepi kat sini.

Daging Masak Hitam
Sumber : kaknita~jomknitamasak.bogspot.com

Bhn2
1/2 kilo daging
1 sudu makan serbuk cili (kalu suka pedas boleh lebihkan)
1 sudu makan serbuk rempah kurma
1/2 cawan kicap lemak manis
sedikit air asam jawa
gula,garam secukup rasa


Bahan dikisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 btg serai
air

Bahan tumis
sedikit hirisan bwg merah
bunga cengkih ,bunga lawang ,kulit kayu manis

Cara2nya

  1. Tumiskan bhn2 tumisan dan bahan kisar  sehingga sedikit garing dan wangi
  2. Perlahankan api ~Masukkan rempah kurma  dan serbuk cili kacau sebati dan cepat2 masukkan air dan kacau
  3. Renehkan rempah sehingga pecah minyak 
  4. Masukkan daging dan air asam jawa.
  5. Kacau sebati dan masuk kan lg air 
  6. Bila mendidih ,kacau lg  sehingga daging empuk dan kuahnya pekat . 

Alhamdulillah ni lah juadah yg sempat dihidangkan semalam .Sambal tumis petai bersama daging ,Daging masak hitam,sedikit ulam dan sambal belacan,cucur ikan bilis dan air sirap bandung.

Monday, July 8, 2013

Laksam II


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Laksam adalah antara makanan kegemaran akak sekeluarga....kalu dulu beli jer tapi sekarang bila dah anak2 semuanya suka ,maka buat sendiri lagilah berbaloi. Ada macam2 resepi utk buat laksam ni ,dulu akak pernah cuba resepi Yani  ~boleh refer kat sini. Kali ni pulak akak cuba resepi dr blog ceria-resipi .Terima Kasih tuan punya ceria-resepi ya....laksam ni lembut dan tahan lebih lama. 
Kot2 la nak try sebagai juadah iftar nnt ~Jom semak resepinya ...


Laksam II
Sumber : ceria-resepi.blogspot.com
Dikongsi Oleh : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2:
3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam

Cara2:

1. Campur semua bahan dan gaul sebati
2. Perap dlm setengah jam
4. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api
5. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)

Utk kuahnya sila klik sini



Kaknita mmg suka ulam-ulaman yg fresh ni...krup-krap gitu...



tambah pula dgn kuah lemak dan sambal....mmg syokkk lahhh...

Sunday, July 7, 2013

Blueberry Cheese Cake (baked)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Selamat berhari minggu dan bersantai bersama keluarga ya...Semakin hampir kita dgn Ramadan, akak pasti ramai yang dah buat persediaan menyambut bulan yg mulia ni . Hari ni akak nak share satu resepi cheese cake yang mudah .Akak dapat dr blog Alongroz.Terima  kasih Along! Bagi akak ini adalah antara resepi cheese cake yg mmg best dan mudah gitu ....
  
Sumber : AlongRoz@HomeKreation
Dikongsi oleh : Kak nita ~jomknitamasak.blogspot.com




Saiz 8½" round
BASE:
55g Butter - cairkan
130g Biskut Oatmeal - hancurkan -kaknita guna biskut marie coklat
Caranya
1. Campurkan kesemua & tekan ke dlm tin. Sejukkan dlm peti sejuk 30 min.

FILLING:
500g Cream cheese
30g Butter
120g Gula Kaster (kaknita letak 100g)
30g Tepung Jagung
250ml Whipping Cream
4 bj Telur - di pukul sedikit


TOPPING: ~alongroz-myresepi
1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
30ml Air
150g Blueberry pie filling( kaknita pakai yang tak berbiji)
Caranya :campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.


CARA2:

  1. Pukul cream cheese & butter sehingga sebati.
  2. Masukkan gula & tepung jagung.
  3. Masukkan cream & pukul sebati.
  4. Masukkan telur sedikit2 sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke atas base.
  6. Bakar 150C selama 1 jam secara steam bake ( lapiskan dulang tu dgn air).
  7. Sejukkan dalam oven & kemudian sejukkan dlm peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.
  8. Campurkan bahan2 topping & ratakan ke atas cheesecake.
  9. Sejukkan sehingga keras. 

Wednesday, July 3, 2013

Kek Buah Kukus



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah dapat bertemu kembali. Terima kasih kepada sesapa yang  masih sudi singgah ke dapur kak nita yg dah lama tak berasap ni. Kek ni dah selamat bertakhta dalam perut .Masa tu akak teringin sangat tengok kek buah  Hana,dan Kak Yati .Disebabkan tak tahan sangat, akak pon cubalah ...masa dok buat tu , mata ni ngantuk teramat sangat maka kek yg sepatutnya dikukus 4 jam ,akak kukus 2.5 jam jer....tapi hasilnya ok walaupon tak secemerlang kak yati dan hana. Yang best tu ialah teksturenya yang lembab dan kurang  manis. Boleh makan banyak potong ..tak jemu gitu..So, bagi penggemar kek buah...tak rugi sekiranya anda mencubanya....insyaAllah.Terima kasih juga kepada pemilik asal resepi ni ~Chef Zubaidah

KEK BUAH KUKUS
Sumber rujukan : kak.sheila.spices journey, hanamemories.blogspot.com,kak yati ~sinar kehidupanku
Dikongsi oleh : jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir(kak nita letak 300gm )
60ml air panas
500g buah-buahan campuran - hana guna sultana dicampur dgn sedikit mix fruits(kak nita letak 250gm mixfruit + 100gm hirisan badam.)
3 biji telur gred A
350g tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok.(kaknita gantikan sedikit serbuk kulit kayu manis)
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara

  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.(kak nita pakai loyang 2 loyang kecil size kat atas tu..)
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).